Jan 26, 2014

Jom Beli Majalah Ilmiah!


Assalamualaikum,semua.Hari ni Wani nak promote sikit majalah ilmiah yang berfaedah malah menjadi kegemaran Wani sejak darjah 4.(sekarang dah darjah 6)

Di antara majalah ilmiah yang patut korang beli:

1.Majalah Kuntum.
2.Majalah Dewan Pelajar.
3.Majalah Asuh.
4.Majalah Ana Muslim.
5.Majalah Adik Muslim.
6.Majalah E-Baca.
7.Majalah Aulad.
8.Majalah Adik Muslim.
9.Majalah Muslim Teens.
10.Majalah Dunia Sains.

Itu sahajalah.Kalau ada yang dah beli salah satu majalah,baguslah.Jangan lupa baca ya.Oklah,sekian,wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.





Jan 25, 2014

Tips : Cemerlang Sains! (Bahagian B)


Assalamualaikum,semua.Pada entri ini,Wani nak bagi sedikit tips Sains bahagian B.

Tips Cemerlang Sains(Bahagian B).

1.Apakah tujuan penyiasatan ini?

Jawapan 1:Untuk mengkaji hubungan diantara TC dan TO.
Jawapan 2:Untuk menunjukkan.......

Contoh:Untuk mengkaji hubungan diantara saiz daun dan keadaan ulat bulu.

2.Apakah yang diubah/Pemboleh ubah manipulatif.(TC)
(Things to change)

Contoh:Saiz daun

3.Apakah yang diperhatikan/pemboleh ubah bergerak balas.(TO)
(Things to observe/Responding Variable)

Contoh:Keadaan Ulat Bulu

4.Apa yang dimalarkan/sama.(TS)
(What to keep same)

Contoh:Bilangan daun

5.TC,TO,TS=Jawapan:Parameter dan Objek.

Contoh:Saiz(parameter) Daun(objek)=Saiz daun.

Itu sahaja tips yang Wani dapat kongsikan.Sebenarnya ada lagi tapi Wani tak nak tulis banyak sangat.Kalau nak tips lagi,tunggu entri seterusnya ya.Sekian,Wassalamualaikum Waramatullah Hiwabarakatuh.

Jan 13, 2014

Aku Si Ulat Buku!


Assalamualaikum.Lama sudah Wani tak hantar entri kat blog ni.Apa khabar semua?Wani baik-baik sahaja di sini.Wani nak tanya satu soalan.Siapa kat sini Ulat Buku?Kalau ada yang jawab 'saya',baguslah.Wani pun si Ulat Buku sebab tu nama blog ni Wani Si Ulat Buku!Korang nak tahu tak kenapa Wani dah jadi ulat buku?Kalau nak tahu,baca!

Wani dari kecil lagi,memang pantang nampak buku.Dulu,Wani memang suka beli buku latihan.Tapi apabila darjah 4,Wani telah mendapat anugerah kehadiran penuh di sekolah.Masa tu,memang teruja.Hah,korang mesti nak tahu hadiahnya.Hadiahnya ialah novel Aku Mahu Ke New York ciptaan Ain Maisarah dan beberapa buku latihan darjah 6.Semenjak hari itu,Wani dah tanam minat nak kumpul novel dan sekarang dah ada 11 novel!Bukan novel je.Wani pun sekarang dah ada lebih dari 20 majalah dan komik!Wow,memang Wani ni ulat buku.(kalau korang perasan)Ok,apa-apa jelah.Sebelum Wani nak tutup perbualan entri ni,Wani nak ucapkan selamat Hari Maulidur Rasul pada 14/1/2014 kepada semua rakan-rakan Islam di luar sana.Oklah,moga-moga kita boleh berjumpa pada entri seterusnya.Sekian,assalamualaikum dari saya,Noor Izwani Eliyana.(Si Ulat Buku :3)

.

Jan 5, 2014

Pengenalan


Assalamualaikum,semua.Semua sihat ke?Kalau sihat,jangan lupa ucapkan alhamdullilah kerana kesihatan itu adalah anugerah daripada Allah SWT.Hari ni Wani sihat-sihat je cuma tengah badmood sikit.Mula-mula,Wani nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog Wani.Wani juga nak ucapkan terima kasih kepada kawan blog Wani,Nurhazimah Hanan yang banyak membantu Wani untuk membuat official blog Wani ni.Wani harap,korang semua selalu singgah dan membaca update-update blog Wani.Daripada Wani terus berceloteh,lagi bagus Wani akhirkan celotehan ni dengan assalamualaikum.Jumpa lagi nanti!

.
 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa