Friday, November 20, 2015

Happy School Holidays

Assalamualaikum and peace upon you. ^^


Assalamualaikum semua. Hari ni hari terakhir persekolahan dan esok bermulalah cuti sekolah. Sekolah di Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu dah mula cuti hari ni. Happy school holidays! ^^ Kebelakangan ni Wani dah jarang sangat blogging. Bukan tak ada masa tapi cuma malas nak berblogging. Apa-apapun terima kasih kepada semua pembaca dan followers yang singgah kat blog Wani walaupun Wani tak aktif. Dan minta maaf kepada sesiapa yang follow Wani tapi Wani tak followback. Mungkin Wani terlepas pandang jadi siapa2 yang Wani belum follow tu tinggalkanlah jejak atau komen kat entri ni. 

Kalau ada giveaway yang menarik lagi tertarik bolehlah invite Wani. Lagipun dah lama tak join giveaway. Sibuk dengan KPOP je Wani ni. Dan Wani tak sabar nak balik kampung. Kat kampung nanti ada family day dan pertandingan nasyid. Boleh main dengan saudara. :D Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Wani okay je. Wani dapat nombor 11 dalam kelas. Tapi Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) bukannya senang. Harapnya tahun depan Wani tak turun kelas. Nak maintain kelas pertama je. Macam2 pula Wani berceloteh. Kalau ada rezeki Wani akan buat giveaway tapi tarikh belum ditetapkan. Sekian jumpa lagi di entri seterusnya. Bye ^^ HAPPY SCHOOL HOLIDAYS

Xoxo,
Wani


3 Komen:

Qistina Zahari said...

hello ! blogwalking here ;) i'm a new blogger. do visit my blog. done followiing you ;)

http://qistinazahari.blogspot.my/

thank you ! ;)

Wardah Aneesa said...

Wahh siap ada pertandingan nasyid tuu. Nanti bolehlah cerita

Wardah Aneesa said...
This comment has been removed by the author.
 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa