Jan 13, 2014

Aku Si Ulat Buku!


Assalamualaikum.Lama sudah Wani tak hantar entri kat blog ni.Apa khabar semua?Wani baik-baik sahaja di sini.Wani nak tanya satu soalan.Siapa kat sini Ulat Buku?Kalau ada yang jawab 'saya',baguslah.Wani pun si Ulat Buku sebab tu nama blog ni Wani Si Ulat Buku!Korang nak tahu tak kenapa Wani dah jadi ulat buku?Kalau nak tahu,baca!

Wani dari kecil lagi,memang pantang nampak buku.Dulu,Wani memang suka beli buku latihan.Tapi apabila darjah 4,Wani telah mendapat anugerah kehadiran penuh di sekolah.Masa tu,memang teruja.Hah,korang mesti nak tahu hadiahnya.Hadiahnya ialah novel Aku Mahu Ke New York ciptaan Ain Maisarah dan beberapa buku latihan darjah 6.Semenjak hari itu,Wani dah tanam minat nak kumpul novel dan sekarang dah ada 11 novel!Bukan novel je.Wani pun sekarang dah ada lebih dari 20 majalah dan komik!Wow,memang Wani ni ulat buku.(kalau korang perasan)Ok,apa-apa jelah.Sebelum Wani nak tutup perbualan entri ni,Wani nak ucapkan selamat Hari Maulidur Rasul pada 14/1/2014 kepada semua rakan-rakan Islam di luar sana.Oklah,moga-moga kita boleh berjumpa pada entri seterusnya.Sekian,assalamualaikum dari saya,Noor Izwani Eliyana.(Si Ulat Buku :3)

.

1 Komen:

Unknown said...

suka baca novel..kira ulat buku jugak ka..hehe

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa