Saturday, March 1, 2014

Fakta Menarik Mengenai Kucing


Assalamualaikum,semua.Siapa peminat kucing?Kalau minat,jom ketahui beberapa fakta menarik tentang kucing.

1.Kucing Siam

Kucing Siam ialah kucing yang lebih besar berbanding kucing biasa.Kucing Siam juga ialah kucing yang manja dan tidak suka bersiar-siar sebab itulah harga kucing siam agak mahal jika dibeli di kedai haiwan.Kalau jumpa di sekitar jalan,kadang-kadang kucing itu tidak manja tetapi pandai mengikut arahan  tuannya.:)

2.Menjilat badan

Menjilat badan ialah cara istimewa kucing untuk mandi tanpa menggunakan air.Kadang-kadang,kucing yang menjilat badan akan menjilat sekali kutu-kutu dan bulu-bulu  yang ada di badannya dan dimasukkan di dalam mulutnya dan sampai ke perut.

3.Ubat istimewa kucing

Seperti dikatakan di fakta nombor 2,kutu-kutu dan bulu-bulu yang ada dibadannya akan dimasukkan di dalam mulut,dapat dihindarkan sebenarnya.Dan ubat istimewanya ialah RUMPUT!Nak tahu kenapa?Sebenarnya kerana apabila rumput itu di makan oleh kucing,ia akan menyebabkan kucing akan termuntah semula dan keluarlah juga kutu-kutu dan bulu-bulu yang sudah ada di dalam mulut/perutnya.

4.Kucing Hutan

Kucing Hutan ialah spesis haiwan liar dan tinggal di hutan.Seperti diperkatakan,kucing liar hanya memakan daging haiwan dan telah dikategorikan dalam 'Haiwan Karnivor'!

Ok,itu sahaja fakta mengenai kucing yang dapat Wani catatkan pada entri.Wani rasa ada lagi fakta menarik mengenai kucing,tetapi Wani hanya tahu 4 sahaja.

1 Komen:

siti zawiah said...

wah..menarik ni..thanks Wani sebab share..

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa