Showing posts with label Buku/Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Buku/Bacaan. Show all posts

Aug 10, 2015

Sinopsis Novel : Aku Mahu Seoul Mate

Assalamualaikum and peace upon you. ^^

Cantikkan covernya ^^

SINOPSIS

Tanpa disangka, insiden Ina dan Farah ke kedai produk kosmetik menemukannya dengan jejaka Korea, Kim Soo Hyun. Walaupun sekadar signage, renungan tajam aktor popular itu cukup membuatkan Ina tidak keruan memuja aktor pujaan.

Apabila Pusat Sumber Sekolah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah berupa tiket ke Korea, Ina tidak lepas peluang. Tuah menyebelahinya, dia berjaya menang. Namun, dia perlu ke sana bersama seorang lagi pemenang yang tidak diduga.

Seluruh Sri Bangsar kecoh dan riuh! Fazura, ahli The Wannababes yang paling gedik di dunia menang peraduan berunsurkan buku?

Harga: RM17 
Penulis: Ain Maisarah & Rashiela Nurain


Mar 29, 2015

Minat

Assalamualaikum and peace upon you. ^^


Anyeonghaseyo semua. Wani nak kongsi beberapa minat Wani. :D 

1. Membaca

- Wani memang suka sangat baca novel lagi-lagi novel Ain Maisarah. Bila masa lapang, mesti novel ada di sisi. Kalau dah habis baca, beli lagi, lagi dan lagi. 

2. Melayari internet

-Melayari internet? Memang sangat wajib! Pernahlah pada tahun 2013, Wani menghadap laptop 24 jam. Jangan contohi ya, huhu.

3. Kpop band

-Yang ni Wani baru sahaja minat. Minat sikit-sikit je. Wani minat kumpulan Apink, Exo dan F(x). The most yang Wani minat adalah kumpulan Apink. 

4. Barang Kawaii

-Wani suka tengok barang kawaii macam notebook, squishy dan keychain. Nak je buat collection tapi Wani selalu kumpul duit untuk beli novel jadi selalu fikirkan nak beli ini atau ini.. 

5. Menulis

-Menulis? Menulis untuk apa? Mestilah menulis untuk manusia.. :) Wani ada rancang nak tulis novel dan Wani mula dengan tulis novel kat blog. Yang dah baca karya Wani, terima kasih. :D 

Korang pula minat apa? Kongsikan di komen. Kalau sama, komen juga. :D Ok, bubye~! xoxo

Note: Entri akan datang mungkin banyak tentang semua ni. :D


Feb 26, 2015

Happy Thursday And Read Novel !

Assalamualaikum and peace upon you. ^^


Today mood: Squishy, reading and nothing.


Feb 1, 2015

Sinopsis Novel : Gegegirl Lawan Alien

Assalamualaikum and peace upon you. ^^


SUMBER : Sini

SINOPSIS : Makhluk asing datang ke Malaysia? Kapal angkasa mendarat di Bukit Bangsar? Huh... itu semua tentu mustahil kerana selalunya perkara sedemikian hanya berlaku di Amerika!
Namun tiga sahabat dari Sri Bangsar iaitu Nuha, Dhia dan Farzana benar-benar mempercayai teori itu. Tambahan pula apabila tiba-tiba Sekolah Sri Bangsar turut didatangi oleh tiga orang pelajar baru bernama Ramlee, Sudin dan Aziz. Kepandaian pendatang baru itu dalam akademik turut dicemburui, hingga menjadi anak murid kesayangan Cikgu Aziz dan mendapat keputusan ujian yang sentiasa tertinggi!
Namun pada Nuha, Dhia dan Farzana... pelajar-pelajar baru itu dianggap pelik kerana setiap hari memborong berbungkus-bungkus karipap di kantin, balik tepat setiap kali loceng berbunyi dan tiada langsung rekod peribadi!
REVIEW SAYA : NOVEL SAINS FIKSYEN YANG SANGAT BEST! :D 

Sinopsis Novel : Juara Rumah Sukan

Assalamualaikum and peace upon you. ^^



SUMBER : Sini

SINOPSIS : Keputusan ranking semasa sudah ketahui. Membuatkan keempat-empat kapten mula mengejar kejuaraan. 

Sengit sungguh pertarungan terakhir merebut RM25000 yang berlangsung di stadium. Namun berlaku pula kejutan yang tak diduga. Buatkan semua kapten terduduk. 

Betty pula bertindak sebagai Superwoman, bagi menyelamatkan sabotaj yang melanda. Namun tindakannya pula menjerat diri. Bagaimana nasib Betty? 


Jan 29, 2015

Novel, Novel And More Novel !

Assalamualaikum and peace upon you. ^^







P/s 1: Semua gambar diambil dari google. 
P/s 2: On the way baca novel Hero VS Bonda Pet. ^___^ 


Jan 24, 2015

DIY Penanda Buku

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^


Assalamualaikum semua! Semua sihat? Kalau ya, alhamdulillah. ^^ Minggu ni Wani buat penanda buku. Gambar diatas adalah hasil penanda buku yang Wani buat. :) Nak buat juga? Ikuti cara-cara dibawah! 

Cara-cara Buat Penanda Buku.

1. Design penanda buku guna apa-apa software. (Photoscape & lain-lain)
2. Print dengan kertas A4. 
3. Gunting dan lekatkan kat kad manila.
4. Enjoy your bookmark~

Hah, senang je kan? Kalau korang malas nak buat boleh beli dengan Wani tapi bukan sekaranglah. Dah buat? Inbox Wani di FB ya dan sertakan gambar! :) Ok, bubye semua!! 

Facebook: Noor Izwani Eliyana 
Instagram: Noor_Eliyana 


Jan 21, 2015

Beli Novel Baru Lagi !

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^


Assalamualaikum dan hai semua! Hari tu, pada bulan Disember 2014, Wani ada beli 8 novel kat kedai Blink Trading di Nilai, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, kelapan-lapan novel tu dah habis dibaca sebelum persekolahan bermula. Dan, semalam, Wani pergi Pustaka Rawang untuk beli Al-quran Dan Tafsiran. Wani belilah juga 2 novel kak Ain Maisarah. Ibu Wani marah sebab tak sampai dua minggu dah beli novel lagi ! Yalah, Wani dah betul-betul jadi hantu novel~ *_* Dah habis baca, beli lagi seminggu/dua minggu kemudian~ Oh ya, bulan 2 nanti Wani nak beli lagi. :3 Ok, bubye semua!! 

#Bookaholics
#BlinkBook


Dec 23, 2014

Pergi Jualan Gudang Blink 2014 ^^

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^


Assalamualaikum semua! ^^ Hari Ahad lepas Wani pergi Jualan Gudang Blink.Memang rambang mata sangat tengok buku! :) Ok,sampai sini sahaja entri ini.Jumpa lagi! ^___^



May 24, 2014

Riang-riaku Di PBAKL 2014!



Assalamualaikum semua!Dah lama tak tulis diari kat blog biru Wani ni ^_^ Wani nak tanya,siapa pergi PBAKL tahun ni?Kalau pergi,cuba komen berapa buku/barang korang beli?Kalau Wani,Wani cuma beli:

1.Majalah Asuh isu March 2014
2.Majalah Asuh isu Mei 2014
3.Novel Aku Mahu Banglo Pink
4.Nomik Hero vs Heroin
5.Novel Comel Cupcake Mata Panda
6.DVD Projek Cupcake Ain Maisarah

Tu jelah yang Wani beli.Wani juga ada dapat:

1. 3 kad Hero Blink
2. 2 kad bukti bertemu dengan Ain Maisarah
3. Tandatangan percuma dari dua orang penulis novel

Alkisahnya....Wani nak sangat pergi kat PBAKL 2014.Tak sangka dapat juga pergi.Wani pergi ke PBAKL rasanya kira-kira pada hari Jumaat,tiga hari sebelum PBAKL tamat.Wani pergi bersama 2 kawan ibu Wani dan 2 anak kawan ibu Wani.Wani gelarkan kawan ibu Wani yang Wani rapat dari kedua-dua itu,Cik Nor.Maklumlah pengangkutan sendiri tiada jadi kami naik komuter untuk pergi ke PBAKL 2014.Masa tu memang first time Wani naik komuter.Best!Setelah sampai,kami jalanlah kaki untuk mencari PWTC.Rasanya jalan kaki dari stesen komuter ke PWTC taklah jauh sangat.Bila dah sampai kat PWTC,alangkah seronoknya Wani apabila dapat melangkah masuk.Memang ada banyak sangat booth.

Mula-mula,Wani dan Cik Nor pergi kat Booth kak Ain Maisarah.Wani belek-beleklah satu-satu buku.Memang rambang mata!Malahan buku yang mahu dibeli sudah jumpa.Ya,Wani ada ternampak abang Azanil Fitri,abang Alam Anuar dan kak Izanor.Sebabtu,Wani rasa malu jadi Wani suruh Cik Nor pergi kat booth lain dulu.Tapi sebenarnya Wani pergi booth kak Ain Maisarah lagi semula.Huhu,lagi bagus terus beli aje buku kat booth tu T_T Ok,Berbalik semula kepada kisah pergi booth lain dulu.

Dah banyak booth Wani singgah tapi disebabkan rasa malu mahu membeli,Wani tarik nafsu Wani untuk berbelanja lebih.Maklumlah Wani bukan ada sikap boros pun.Antara booth yang Wani singgah ialah booth Galeri Ilmu,Gempak Starz dan banyak lagi.Antara banyak-banyak booth yang Wani singgah selain booth kak Ain Maisarah,Wani beli buku kat booth Galeri Ilmu.Buku yang Wani beli ialah kat booth tu ialah 2 Majalah Asuh(rujuk senarai buku yang Wani beli).

Selesai pusing-pusing kat bahagian dalam PWTC,Wani pergilah balik kat booth kak Ain Maisarah.Barang yang Wani beli ialah Novel Aku Mahu Banglo Pink,Nomik Hero vs Heroin,Novel Comel Cupcake Mata Panda dan DVD Projek Cupcake Ain Maisarah(rujuk senarai buku yang Wani beli).Lepas dah bayar,ada akak tu suruh minta tandatangan abang Alam Anuar sebab Wani beli novel Aku Mahu Banglo Pink iaitu novel nukilan kak Ain dan abang Alam Anuar.Dengan rasa malu,Wani pergi menghampiri abang Alam.Oh,malunya!Tapi alhamdulillah,Wani tahan malu Wani dan dapat tandatangan abang Alam.Lepas tandatangan,abang Alam bagi kad Hero abang Alam dan kad bukti bertemu Ain Maisarah.

Hah,dan lepastu abang Alam minta kak Izanor tolong tangkapkan gambar abang Alam bersama Wani.Lepastu Wani minta tandatangan abang Azanil Fitri pula.Lepas abang Azanil menandatangani nomik yang ku beli bertajuk 'Hero vs Heroin',abang Azanil bagi Wani kad hero abang Azanil,kad bukti bertemu Ain Maisarah dan kad hero kak Ain Maisarah.Selepas selesai,Wani dan yang lain melangkah keluar PWTC untuk balik.Walaupun tidak dapat berjumpa dengan kak Ain,Wani masih rasa tersangat gembira ^_^ TAMATLAH ALKISAHKU DI PBAKL 2014~

Jom layan gambar-gambar dibawah:

 

Jan 26, 2014

Jom Beli Majalah Ilmiah!


Assalamualaikum,semua.Hari ni Wani nak promote sikit majalah ilmiah yang berfaedah malah menjadi kegemaran Wani sejak darjah 4.(sekarang dah darjah 6)

Di antara majalah ilmiah yang patut korang beli:

1.Majalah Kuntum.
2.Majalah Dewan Pelajar.
3.Majalah Asuh.
4.Majalah Ana Muslim.
5.Majalah Adik Muslim.
6.Majalah E-Baca.
7.Majalah Aulad.
8.Majalah Adik Muslim.
9.Majalah Muslim Teens.
10.Majalah Dunia Sains.

Itu sahajalah.Kalau ada yang dah beli salah satu majalah,baguslah.Jangan lupa baca ya.Oklah,sekian,wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.





Jan 13, 2014

Aku Si Ulat Buku!


Assalamualaikum.Lama sudah Wani tak hantar entri kat blog ni.Apa khabar semua?Wani baik-baik sahaja di sini.Wani nak tanya satu soalan.Siapa kat sini Ulat Buku?Kalau ada yang jawab 'saya',baguslah.Wani pun si Ulat Buku sebab tu nama blog ni Wani Si Ulat Buku!Korang nak tahu tak kenapa Wani dah jadi ulat buku?Kalau nak tahu,baca!

Wani dari kecil lagi,memang pantang nampak buku.Dulu,Wani memang suka beli buku latihan.Tapi apabila darjah 4,Wani telah mendapat anugerah kehadiran penuh di sekolah.Masa tu,memang teruja.Hah,korang mesti nak tahu hadiahnya.Hadiahnya ialah novel Aku Mahu Ke New York ciptaan Ain Maisarah dan beberapa buku latihan darjah 6.Semenjak hari itu,Wani dah tanam minat nak kumpul novel dan sekarang dah ada 11 novel!Bukan novel je.Wani pun sekarang dah ada lebih dari 20 majalah dan komik!Wow,memang Wani ni ulat buku.(kalau korang perasan)Ok,apa-apa jelah.Sebelum Wani nak tutup perbualan entri ni,Wani nak ucapkan selamat Hari Maulidur Rasul pada 14/1/2014 kepada semua rakan-rakan Islam di luar sana.Oklah,moga-moga kita boleh berjumpa pada entri seterusnya.Sekian,assalamualaikum dari saya,Noor Izwani Eliyana.(Si Ulat Buku :3)

.
 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa