Antara kelebihan mandi sebelum subuh :- 1.Kulit lebih lembut dan halus:- Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. 2.Melancarkan peredaran darah:- Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. 3.Meningkatkan kesuburan:- Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. 4.Mengurangkan risiko darah tinggi:- Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih. 5.Mengurangkan tekanan serta tenang:- Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh. 6.Meningkatkan sel darah putih:- Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit. SEMOGE INFO INI BERMANFAAT :)
Setiap pelajar mengimpikan untuk menjadi pelajar yang cemerlang.Pastinya pelbagai cara dan usaha akan dilakukan bagi memastikan kejayaan dapat digenggam.Jadi kali ini,Wani ingin kongsikan 30 ciri kecemerlangan diri yang Wani dapat dari majalah E-Baca isu Mei 2013. ^^ 30 Tanda Kamu Cemerlang. 1.Bangun awal pagi. 2.Solat lima waktu. 3.Jaga kebersihan diri. 4.Berdoa kepada Allah SWT. 5.Menghormati kedua-dua ibu bapa dan mendoakan mereka. 6.Hormati dan sayangi guru. 7.Memulakan sesuatu perkara dengan bismillah. 8.Jauhi maksiat. 9.Ulang kaji pelajaran. 10.Beri tumpuan di dalam kelas. 11.Rajin membuat latih tubi. 12.Yakin diri sendiri. 13.Mempunyai kelengkapan belajar yang mencukupi. 14.Mempunyai jadual waktu. 15.Rajin membaca buku. 16.Jauhi sifat malas. 17.Jangan riak atau bermegah diri. 18.Tolong-menolong dalam pelajaran. 19.Berdisiplin tinggi. 20.Mempunyai nota pelajaran. 21.Menjaga tutur kata. 22.Membaca Al-Quran. 23.Tidur yang mencukupi. 24.Tidak membuang masa. 25.Makan makanan yang berkhasiat. 26.Mempunyai matlamat hidup. 27.Jauhi bercakap bohong. 28.Tidak kedekut ilmu. 29.Tidak ponteng kelas. 30.Sentiasa bawa nota kemana-mana.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan ribut kuat akan melanda seluruh Malaysia pada bila-bila masa bermula hari ini. Dinasihatkan kepada semua supaya berada di dalam rumah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Elakkan parking kereta di bawah pokok. Maklumkan kepada keluarga masing-masing. Sumber: http://m.met.gov.my/IDM20016.html
Wani telah mendapat berita dari FB yang Nasa telah mengkaji bahawa kini Bumi bergerak terlalu laju mengelilingi Matahari dan berkemungkinan 2015 akan tiba awal dan matahari akan terbit sebelah barat.Adakah benar?Wallahualam,hanya Allah SWT sahaja yang tahu.Kita hanya dapat istighfar,bertaubat dan berdoa banyak-banyak. :)
16 Fakta Menarik.
1.Otak lebih aktif pada waktu malam berbanding pada waktu hari. 2.Kuku dan rambut tidak akan sambung tumbuh selepas kita mati. 3.Sukan bola sepak adalah sukan paling banyak diikuti. 4.Epal lebih efektif untuk memudahkan kita bangun pada waktu pagi berbanding kopi. 5.Albert Einstein tidak tahu memandu. 6.Koala tidur lebih 18 jam setiap hari. 7.Singa tidak boleh mengaum ketika umur 2 tahun. 8.Huruf yang kerap diguna dalam bahasa Inggeris adalah 'E' manakala paling kurang diguna adalah 'Q'. 9.Timun mengandungi 96% air. 10.Iguana dapat tinggal di bawah air selama 28 minit. 11.Menara Eiffel Tower mempunyai 1,792 steps. 12.Satu telur unta mempunyai berat yang sama dengan 24 jumlah telur ayam. (1.7 kg) 13.Sebuah gunung berapi mempunyai tenaga menembak abu setinggi 50 km ke dalam atmosfera. 14.Seekor zirafah mampu membersihkan telinganya dengan lidahnya sendiri. 15.Satu pertiga paun tangkai brokoli mengandungi lebih banyak Vitamin C daripada 204 biji epal. 16.Watak suara Spongebob Squarepant dan Karen The Computer telah berkahwin pada dunia sebenar.
Assalamualaikum semua!Siapa tahu Hari Bapa 2014 pada tarikh bila?Kalau tidak tahu,Wani mahu beritahu.Hari Bapa 2014 ialah pada hari last cuti penggal 2 2014,15/6/2014.Hah,Wani mahu beritahu sedikit maklumat artikel yang Wani terjumpa di Majalah Kuntum.Buat pengetahuan semua,Hari Bapa di Malaysia ialah pada hari Ahad minggu ketiga pada bulan Jun.Ada juga beberapa negara yang Hari Bapa disambut pada tarikh sama dengan Malaysia dan ada juga yang tidak.Wani nak tanya.Korang semua sudah beli hadiah untuk ayah korang?Kalau sudah,baguslah.Mahu tahu pengorbanan ayah ke korang sudah tahu?Sudah tahu ke belum tahu ke,Wani tetap akan beritahu. ^^ Pengorbanan ayah kita kalau dibandingkan dengan pengorbanan ibu,pengorbanan ibulah yang lebih banyak.Tetapi apa-apapun,ayah dan ibu kita mengorbankan diri mereka satu-satunya ialah untuk membesarkan kita.Pengorbanan ibu untuk melahirkan dan membesarkan kita ialah melahirkan,menyusu,menjaga dengan penuh kasih sayang,memasak,melayan kerenah kita,memakaikan kita lampin pakai buang ketika kita masih bayi,bercuti kerja untuk kita dan banyak lagi!Pengorbanan ayah pula untuk membesarkan kita ialah membeli barang keperluan,bekerja keras untuk mendapat duit,membeli tempat tinggal untuk keluarga dan lain-lain yang saya tidak tahu.Hah,lihat.Ayah pun mengorbankan diri demi membesarkan kita.Jadi,kita perlulah menghargai jasa ayah juga.Tiada hadiah kerana tidak mempunyai wang tunai atau wang tunai yang cukup?Jangan ingat hadiah yang boleh bagi hanya menggunakan wang tunai.Hadiah yang boleh bagi juga menggunakan kasih sayang,keikhlasan dan kesyukuran.Ok,jumpa lagi semua!
Nota kaki:Minta maaf kalau ada yang saya merepek atau salah. :3
Assalamualaikum,semua.Siapa peminat kucing?Kalau minat,jom ketahui beberapa fakta menarik tentang kucing. 1.Kucing Siam Kucing Siam ialah kucing yang lebih besar berbanding kucing biasa.Kucing Siam juga ialah kucing yang manja dan tidak suka bersiar-siar sebab itulah harga kucing siam agak mahal jika dibeli di kedai haiwan.Kalau jumpa di sekitar jalan,kadang-kadang kucing itu tidak manja tetapi pandai mengikut arahan tuannya.:) 2.Menjilat badan Menjilat badan ialah cara istimewa kucing untuk mandi tanpa menggunakan air.Kadang-kadang,kucing yang menjilat badan akan menjilat sekali kutu-kutu dan bulu-bulu yang ada di badannya dan dimasukkan di dalam mulutnya dan sampai ke perut. 3.Ubat istimewa kucing Seperti dikatakan di fakta nombor 2,kutu-kutu dan bulu-bulu yang ada dibadannya akan dimasukkan di dalam mulut,dapat dihindarkan sebenarnya.Dan ubat istimewanya ialah RUMPUT!Nak tahu kenapa?Sebenarnya kerana apabila rumput itu di makan oleh kucing,ia akan menyebabkan kucing akan termuntah semula dan keluarlah juga kutu-kutu dan bulu-bulu yang sudah ada di dalam mulut/perutnya. 4.Kucing Hutan Kucing Hutan ialah spesis haiwan liar dan tinggal di hutan.Seperti diperkatakan,kucing liar hanya memakan daging haiwan dan telah dikategorikan dalam 'Haiwan Karnivor'! Ok,itu sahaja fakta mengenai kucing yang dapat Wani catatkan pada entri.Wani rasa ada lagi fakta menarik mengenai kucing,tetapi Wani hanya tahu 4 sahaja.
Nama penuh: Noor Izwani Eliyana binti Mohd Idham Umur: 14 tahun (2016) Warganegara: Malaysia Tarikh lahir: 8 Januari 2002 Tempat tinggal: Rawang, Selangor Blogging Since: 5 Januari 2014 Chanyeol wifeu