Oct 29, 2014

Resipi : Apam Beras Gebu

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^



Hai semua.Kali ini Wani nak share resipi Apam Beras dari blog http://www.kongsiresepi.com.Kalau nak lebih resipi pergilah ke blog beliau. :) Okay,let's start! ^^


Bahan-bahan

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis(mauripan) 
kelapa parut dengan sedikit garam

Cara Membuat Apam

1.Blend nasi dan air sehingga hancur. ( masukkan air sedikit demi sedikit ...blend sampai halus )

2.Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

3.Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.

4.Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.  Kacau sehingga sebati.

5.Perap selama 3 jam.

6.Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

7.Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

8.Hidang besama keluarga apam yang telah siap dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.


Pastikan semasa nak peram apam selama 3 jam tu, cari le bekas besar sedikit ye..sebab kalau bubuh dalam loyang boleh merimpah ruah.
 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa