Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Dec 19, 2014

Resepi : Pavlova

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^


Google Image Source

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor 
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus 
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap,pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. 

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. 

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

3-Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental,masukkan gula dan esen vanila.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA! ^^

Sumber : SINI

Post via Autopublish



Dec 16, 2014

Resepi : Biskut Lidah Kucing @ Rainbow Cookies

Google Images Source


Assalamualaikum semua!Kali ni Wani nak kongsi resepi Biskut Lidah Kucing @ Rainbow Cookies dari blog INI. :) 

Bahan-bahan:
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 gm putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex / perangup biskut
pewarna :ungu, biru, hijau, kuning,oren dan merah

Cara menyediakan:
  1. ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex.
  2. pukul mentega bersama gula kastor hingga halus dan berkrim , guna mixcer.
  3. masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
  4. masukkan tepung yg telah diayak tadi, kaup dan balikkan guna spatula.
  5. bahagikan adunan beberapa bhgian dan masukkan warna utk setiap bahagian,
  6. masukkan adunan dlm piping bag atau bag plastik,potong muncung bag plastik dan paipkan adunan kedalam loyang khas utk biskut lidah kicing. kalau ada nozzel gunakan yg bulat.
  7. bakar dalam oven suhu 150 celcius selama 15 minit hingga 20 minit.
  8. jaga jaga jgn sampai biskut keperangan atau hangus nanti warna biskut akan pudar dan tak nampak menyerlah.
  9. angkat biskut bila telah masak dan sejukkan dulu atas redai sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA! ^^

Dec 1, 2014

Resipi : Kek Coklat Moist Kukus

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^


Google Image Source

Hai semua!Kali ni Wani nak kongsi resipi Kek Coklat Moist Kukus. :)

Bahan-bahan Kek

100gm Serbuk Koko*
250gm Gula Kastor *
1 tin Susu Isian Cair*
200gm Minyak Masak Sayuran*
250gm Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat


Bahan-Bahan Topping

150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak) 


Cara-cara Buat Kek

1)Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
2)Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
3)Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4)Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn topping coklat. 


Cara-cara Buat Topping Coklat

1)Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg dipotong kecil.
2)Padamkan api dan kacau hingga choc cair.
3)Masukkan minyak dan kacau.
4)Biarkan seketika baru dicurah atas kek.

**Resipi Credit To http://www.myresipi.com

Nov 12, 2014

Resipi : Danish Butter Cookies Mudah

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

Google Source

Assalamualaikum semua.Hari ni Wani nak kongsi resipi Danish Butter Cookies dari blog http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/. :) Kalau mahu lebih resipi,boleh pergi ke blog beliau. ^^ Ok,let's learn now. :)
 
Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 90 gram gula icing / powdered sugar
  • 270 gram tepung gandum
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil baking powder (optional)
Cara Membuatnya:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila, pukul rata.
  3. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak.
  4. Kacau rata dengan senduk kayu.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping beg dengan 'star tip'.
  6. Paipkan membentuk bulatan atau apa-apa bentuk yang disukai.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga biskut keperangan.
  8. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA. ^^


Nov 6, 2014

Resipi : Laksa Johor

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

Google Source
Hye semua!Kali ni Wani nak share resipi laksa Johor oleh http://aziejaya.blogspot.com.Kalau nak lebih resipi,pergilah ke blog beliau. :)

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:

1.Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

2.Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

3.Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

4.Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.

Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.

SELAMAT MENCUBA! ^^

NOTE : MY MOTHER PERNAH BUAT,SEDAP SANGAT! :D

Oct 29, 2014

Resipi : Apam Beras Gebu

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^



Hai semua.Kali ini Wani nak share resipi Apam Beras dari blog http://www.kongsiresepi.com.Kalau nak lebih resipi pergilah ke blog beliau. :) Okay,let's start! ^^


Bahan-bahan

Oct 21, 2014

Resepi : Nasi Ayam Sedap

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^




Hari ni nak share resipi Nasi Ayam Sedap dari blog http://iresipi.com.Kalau nak lebih resipi,boleh ke blog beliau. :)


Masa: Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

Kisarkan semua bahan di atas.
Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:

Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

NOTE : MY MOTHER PERNAH CUBA,MEMANG SEDAP. :)

Oct 13, 2014

Resepi : Cream Puff With Custard Vanilla Filling

Assalamualaikum and peace upon you. ^^

Entri resipi lagi!Untuk entri ni pula Wani nak share resipi cream puff gebu dan enak with custard vanilla filling dari blog http://www.tiffinbiru.com.Kalau mahu lebih resipi,boleh pergi ke blog beliau. :)

Google Source


BAHAN-BAHAN CREAM PUFF:

75 gram tepung gandum
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla (che mat guna 'butter vanilla)
Sedikit gula aising, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA:

2/3 cawan susu segar
1 camca besa penuh tepung kastard 
1 camca besar penuh gula halus 
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA.

UNTUK CREAM PUFF :- Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. Masak dengan api kecil dan kacau hingga mentega cair dan larut. Masukkan tepung dan kacau hingga semua bersatu dan menjadi doh yang tidak melekat di periuk, kacau sehala sahaja. Matikan api dan biar suam.
Masukkan doh ke dalam cake mixer, putar perlahan. Sementara itu masukkan esen vanilla ke dalam telur dan pukul sedikit dengan garfu. Tukar kelajuan pada sederhana laju dan masukkan telur. Putar hingga doh bertukar menjadi adunan yang lembut dan boleh di paip. Matikan mixer.
Isi adunan ke dalam piping beg yang dipasang piping nozel corak bintang pecah 5 atau 6 bersaiz besar. Paipkan bentuk rosette pada saiz sederhana pada dulang pembakar (akan dapat kurang lebih 10 biji, bergantung pada cara anda buat). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga kuning keemasa. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan.

UNTUK CUSTARD VANILLA :- Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk. Gaul rata. Tuang susu segar dan kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip.

UNTUK CREAM PUFF WIF CUSTARD VANILLA :- Ambil satu biji cream puff, gunting sedikit bahagian depannya untuk membentuk poket. Isi custard dalam piping beg (kacau dulu sebelum anda isi ke dalam beg piping). Paipkan ke dalam cream puff tadi, yang ni ikut suka anda nak banyak mana. Buat kaedah sama untuk baki cream puff dan kastard. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA! :)

Resepi : Easy Red Velvet Cake

Assalamualaikum and peace upon you. ^^ 

Hari ni Wani nak share resipi kek red velvet dari blog http://www.myresipi.com.Kalau nak lebih resipi,boleh ke blog beliau.Ok,jom belajar! :)

Source

Bahan-bahan.

Bahan A:
2 cawan tepung gandum/kek (sy guna superfine)
1st baking soda
1st baking powder
2sb serbuk koko (sy guna 4sb)
1st garam
Bahan B:
2 cwn gula
1 cwn corn oil (sy guna 3/4 cwn)
2 biji telur A
1 cwn buttermilk**
2st esen vanilla
1sm pewarna merah (boleh tambah ikut suka)
1st cuka
1/2 cwn air kopi panas
Topping:
150g cream cheese (keluarkan dr fridge, biar 1 jam bg lembut so nnt topping smooth xberketul)
30g butter (softened)
60g gula icing
1st esen vanilla
1st pes/jus lemon (optional)

Cara Menyediakan.

1.Panaskan oven suhu 160oC. Griskan loyang 8" dan tabur sikit tepung.

2.Satukan dan ayak semua bahan A.

3.Dalam mangkuk besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna merah. Kacau dgn whisk bg sebati.

4.Masukkan cuka dan last sekali air kopi panas. Kacau sebati.

5.Masuk tepung sikit2, kacau rata setiap kali lps masuk tepung.

6.Tuang adunan dlm loyang. Bakar 45-60 min. Check lps 45 min (ada oven yg lebih panas). Jgn over-bake nnt kek kering!

7.Dah masak, keluarkan dr oven. Biarkan kek dlm loyang sampai loyang dah suam. Keluarkan kek letak atas wire rack, biar sejuk.

8.Utk topping: pukul cream cheese dgn gula icing hingga kembang (kaler putih). Masuk butter, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sebati.

9.Trim sikit bhgn atas kek yg berkerak (kerak boleh simpan, nnt tabur atas kek wat deco). Potong kek jd 2 @ 3 layer. Lapiskan dan salut kek dgn topping cream cheese ikut suka.

10.Sejukkan kek dlm fridge at least 4 jam. Semalaman lg sedap.

**buttermilk: 1 cwn susu fresh + 1sb cuka @ jus lemon. Biar 10-15 min, baru kacau.

SELAMAT MENCUBA! :)


Oct 7, 2014

Resipi : Donut Gebu

Assalamualaikum and peace upon you. ^^

Click gambar untuk lebih jelas


Bahan-bahan:
-500gram tepung gandum
-210ml air suam
-2 sudu marjerin
-1 sudu teh garam
-3 susu tepung
-3 sudu besar gula
-1 bungkus yis
-Sedikit air sejuk (guna apabila adunan belum lembut)


Cara Menyediakan.
1.Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan yis.
2.Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lubang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3.Tuang yis ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4.Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air sejuk dan uli lagi.
5.Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
6.5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
7.Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.

8.Goreng donut. :)

Selamat mencuba! ^^

Sep 19, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari Ke-19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

Assalamualaikum and peace upon you. ^^

Resipi kegemaran Wani ialah resepi ais-krim dari blog Cik Epal. ^^


Tadaa!!Wani dah cuba resipi ais-krim Cik Epal ni.Alhamdulillah,menjadi walaupun terlebih susu pekat. ^^ Meh Wani kongsi resipi Cik Epal ni. :)

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar Ovalett (cari yang Halal)
Untuk perasa tidak kisah mahu perasa yang mana.Kalau Wani buat perasa Milo.Cik Epal pula buat perasa:
  • Milo
  • Durian 
  • Strawberi Emulco
Cara-cara:

1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk.

2.Guna stand mixer untuk kacau.

3.Gelek selama 15-20 minit sehinggalah jadi berketul muscle.

4.Lepas tekstur dah pekat ala-ala cream,masukkan dalam peti sejuk selama 12 jam.

5.Sekarang ais-krim anda sudah sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba! ^^
 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa