Monday, June 9, 2014

Jangan Lupa Hari Bapa!! :D


Assalamualaikum semua!Siapa tahu Hari Bapa 2014 pada tarikh bila?Kalau tidak tahu,Wani mahu beritahu.Hari Bapa 2014 ialah pada hari last cuti penggal 2 2014,15/6/2014.Hah,Wani mahu beritahu sedikit maklumat artikel yang Wani terjumpa di Majalah Kuntum.Buat pengetahuan semua,Hari Bapa di Malaysia ialah pada hari Ahad minggu ketiga pada bulan Jun.Ada juga beberapa negara yang Hari Bapa disambut pada tarikh sama dengan Malaysia dan ada juga yang tidak.Wani nak tanya.Korang semua sudah beli hadiah untuk ayah korang?Kalau sudah,baguslah.Mahu tahu pengorbanan ayah ke korang sudah tahu?Sudah tahu ke belum tahu ke,Wani tetap akan beritahu. ^^  Pengorbanan ayah kita kalau dibandingkan dengan pengorbanan ibu,pengorbanan ibulah yang lebih banyak.Tetapi apa-apapun,ayah dan ibu kita mengorbankan diri mereka satu-satunya ialah untuk membesarkan kita.Pengorbanan ibu untuk melahirkan dan membesarkan kita ialah melahirkan,menyusu,menjaga dengan penuh kasih sayang,memasak,melayan kerenah kita,memakaikan kita lampin pakai buang ketika kita masih bayi,bercuti kerja untuk kita dan banyak lagi!Pengorbanan ayah pula untuk membesarkan kita ialah membeli barang keperluan,bekerja keras untuk mendapat duit,membeli tempat tinggal untuk keluarga dan lain-lain yang saya tidak tahu.Hah,lihat.Ayah pun mengorbankan diri demi membesarkan kita.Jadi,kita perlulah menghargai jasa ayah juga.Tiada hadiah kerana tidak mempunyai wang tunai atau wang tunai yang cukup?Jangan ingat hadiah yang boleh bagi hanya menggunakan wang tunai.Hadiah yang boleh bagi juga menggunakan kasih sayang,keikhlasan dan kesyukuran.Ok,jumpa lagi semua!

Nota kaki:Minta maaf kalau ada yang saya merepek atau salah. :3

0 Komen:

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa