Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Aug 24, 2015

Fanfic : VAMPIRE

Assalamualaikum and peace upon you. ^^

Annyeong semua. ^^ Jemput baca fanfic ni. Jangan lupa vote dan komen juga. :) Kalau ada kekurangan boleh bagi pendapat kat komen. Terima kasih, gomawo. ^^


Dec 11, 2014

First Doodle (Sai)

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^




#FirstDoodleSai
#NewbieSai

NOTE : JANGAN CULIK DOODLE NI!!

Nov 26, 2014

[Mini Novel] Bab 2 : Sayang Kau Mr Playboy!

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

>>Prolog di SINI<<
>>Bab 1 di SINI<<



Liyana berguling-guling kasar di atas katilnya.Tanpa disedari,Puan Faridah berada di sebelah katil.Dia memerhati dan mencuba untuk menyergah anaknya.

"Liyana!"

"Opocot kek kau dah meletup!" 

Liyana segera menghentikan gulingannya.Puan Faridah hanya menggeleng.

"Kenapa kamu guling-guling macam tak puas hati terhadap seseorang?Tak pergi kerja ke hari ini?" tanya Puan Faridah bertalu-talu.Liyana membetulkan rambutnya yang serabai sebelum menjawab soalan ibunya.

"Tak,hari ni Yana MC.Terasa sakit belakang badan ni." jawab Liyana seraya mengurut belakang badannya tanpa menjawab soalan pertama yang diutarakan ibunya.

"Dah beritahu bos?"tanya Puan Faridah lagi.

"Jangan risau,nanti Yana call," jamin Liyana.

Puan Faridah meninggalkan Liyana di biliknya.Liyana tersenyum setelah kelibat ibunya hilang dari pandangan.Sekarang,dapatlah dia relax tanpa gangguan Mr Playboy yang membosankan tu. :D~


^_^_^_^_^_^_^_^

Zuhair menyelak satu persatu fail.Sejenak seketika,muncul satu soalan di otaknya.Mengapa Liyana tidak datang bekerja hari ini?Sudah pukul 8 pagi!Zuhair berlari ke bilik pengurus.Dia mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam.Tuan Ashraf menjeling tajam Zuhair yang masuk ke dalam biliknya tanpa diundang.Zuhair mula membuka mulut.

"Kenapa Liyana tidak datang bekerja hari ini?" tanya Zuhair dengan selamba.Entah kenapa dia mahu tahu sangat.

"Liyana MC.Katanya,dia ada sengal-sengal badan," jawab Tuan Ashraf seraya jarinya menaip di papan kekunci.

"Apa nombor telefon dia?"

"Err,0147682349.Untuk apa ya?"

"Adalah,tuan tak perlu tahu," jawab Zuhair sambil tersenyum licik.Tuan Ashraf memandang Zuhair melangkah keluar dari biliknya.'Hmm,lantak dia lah,' bisik hati Tuan Ashraf.Dia menyambung menaip di papan kekunci.
 
'Ok,nombor telefon dia dah dapat.Tinggal mahu telefon pula.Hmm,mungkin lebih sesuai aku telefon dia malam ni.' kata Zuhair dalam hati.Dia mempercepatkan langkahnya.

^_^_^_^_^_^_^_^

"Boringnya!" Jerit kecil Liyana.Dia segera melakukan habit nya iaitu menelefon kawan baiknya,Nur Fatin Natasya a.k.a Fatin.

"Hello Fatin.Aku boringlah."

"Hello,so?"

"So,kau datanglah rumah aku."

 "Ok tapi aku nak tanya.Kenapa tak pergi kerja hari ni?"

"Belakang badan aku ni sakit.Lagi satu sebab..."

"Aku tahu,mesti sebab kau tak puas hati dengan rakan sekerja lelaki kau tu kan?"

"Ya..betul,macam mana kau tahu ya?"

"Aku kan kenal kau dari sekolah menengah lagi.Kau sendiri cakap kau anti lelaki lagi-lagi budak Zuhair tu."

"Ok,Ok,aku malas nak cakap dah,kau datang rumah aku sekarang!Bye!"

"Ok..." Fatin menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia segera mengikat rambut ikal nya dengan getah rambut merah jambu.
 
^_^_^_^_^_^_^_^ 

"Jadi kau pergi kerja ke tak esok?" Fatin menjongket keningnya.

"Of course lah pergi tapi kalau boleh aku tak nak pergi tahu." Liyana bermasam muka.

"Hmmm,aku tak boleh tolong,sorry..." 

"Boringnya!!" jerit Liyana.Fatin melihat jam dinding yang cantik digantung.

"Oklah,aku nak balik dulu.Thank you for orange juice and crunchy biscuit." Fatin meluru keluar dari bilik Liyana.

"Welcome!!" Mata Liyana melirik kepada Fatin.
 
^_^_^_^_^_^_^_^ 


Liyana melabuhkan punggungnya di atas katil dan seterusnya baring.Dia memasang lagu kegemarannya yang berjudul 'Salahkah' nyanyian Hafiz dan Dato' Rossa di telefon bimbitnya.Dia memang suka benar lagu itu.Dia juga suka nyanyi lagu itu tapi hanya nyanyi secara solo.Kalau dia sudah ada pasangan,tentu dia akan pujuk pasangannya untuk nyanyi lagu itu bersama.Wah,alangkah seronoknya! :3

Lamunan Liyana terhenti akibat telefon bimbitnya berdering secara tiba-tiba.Liyana segera mengangkat panggilan telefon.

"Hello,di sana Liyana ke?" Liyana tersentak.Dia rasa dia kenal suara pemanggil.

"Ya,ya.Siapa di sana?"

"Cuba teka siapa ni?" Setelah berfikir sejenak,Liyana baru tersedar.Itu Zuhair!Dia segera memanggil ibunya.Liyana tersenyum apabila ibunya sudah berada di depan pintu.

"Ada apa ni Liyana?" Puan Faridah menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ni,ada panggilan telefon dari seseorang.Ibu tolong jawab,saya tak kuasa nak jawab."  Puan Faridah mencapai telefon bimbit yang dihulur Liyana.

"Hello,siapa ni?"

"Saya Zuhair.Siapa pula sekarang ni?"

"Faridah,ibu Liyana.Ada apa telefon malam buta ni?"

"Takde apa-apa mak cik.Bye!" Zuhair segera meletakkan gagang telefon rumah di tempatnya.Dia menggengam tangannya.

"Penakut betul lah Liyana ni!Boleh pula suruh ibu dia jawab!" jerit Zuhair dalam hati.Zuhair hanya marah sekejap sahaja.Kalau marah-marah nanti tak macho katanya! ><

Di bilik,Liyana tersenyum lebar.

"Siapa ibu?" 

"Zuhair,kamu kenal dia ke?"

"Tak pun sebab tu Liyana suruh ibu jawab."

"Ok.Ibu nak pergi bilik ibu dulu.Good night!" Puan Faridah menutup lampu bilik dan seterusnya keluar dari bilik anaknya.

Liyana melunturkan senyumannya dan muncul satu soalan bermain di benak fikirannya.'Dari mana Mr Playboy tu dapat nombor telefon aku?Entah-entah dapat daripada tuan pengurus?Huhu!' Liyana segera menutup kelopak matanya untuk melupakan soalan yang bermain di fikirannya itu.Sweet dream Liyana! :)

 ^_^_^_^_^_^_^_^ 

Liyana memandu kereta milik ayahnya dengan cermat.Dia memberhentikan kereta di depan kedai Speedmart.
"Baik aku beli makanan kat kedai ni,nanti tak payahlah makan kat kantin dengan Mr Playboy tu." bisik hati Liyana.Dia melangkah masuk kedai itu dengan senyuman tawar terukir di bibir.Dia menuju ke rak Mi Segera.
"It's better I eat maggi."
 
PONG!!
"Aduh,siapa kau ni?Jalan tak tengok depan!" Liyana bangun dengan lemah gemalai.Dia melihat lelaki yang melanggar dia.
"Erk,Zuhair?" Liyana terbuntang mata.
"Liyana?Kau pun beli kat kedai ni?" Mereka bertentang mata.Liyana segera menyelamatkan diri dengan memandang tempat lain dan terus pergi ke kaunter.Zuhair terduduk kaku di atas lantai.
 
 ^_^_^_^_^_^_^_^

Liyana menangis kecil di dalam kereta.

"Tak habis-habis Mr Playboy tu!Takde orang lain ke!?" rungut hati Liyana.Dia mengesat air mata yang tiba-tiba menitis.

Sedang asyik melayan diri,dia tidak menyedari yang dia sudah sampai di syarikat tempat kerjanya.Dia mematikan enjin.

"Ok Liyana.Don't be sad!" Liyana segera memasuki bilik tempat kerjanya.

"Hmm,Zuhair tak sampai lagi." Liyana membuka komputer yang terletak di atas meja kerjanya.


-Bersambung-

Cerita pendek penulis : Yang kali ni memang ceritanya tak best sebab bahagian setiap cerita pendek je. T_T Maklumlah,kering idea so buat pendek-pendek je~ Lagipun,saya BANTAI je buat cerita bab 2 ni. :3 Kalau ada silap,tolong tegur ya.Kalau tak tegur,nanti saya 'sesat' jalan. ><
 





Oct 26, 2014

[Mini Novel] Bab 1 : Sayang Kau Mr Playboy!

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

>>Prolog di SINI<<



"Love you Mr Fluffy!" Liyana meletakkan anak patung beruang kegemarannya di sebelah.Tidak sampai satu minit,telefon bimbitnya berdering.

"Hello.Siapa di sana?"

"Ini Fatin.Kau tak rasa berdebar atau gementar ke kerja esok?"

"Buat apa aku nak berdebar.Ini Liyana okay?"

"Yelah cik Liyana.Jangan asyik nyanyi je masa kerja,nanti kang ramai pakwe nak masuk meminang kau." Berderai ketawa Fatin.

"Baiklah cik Fatin comel.Oklah,aku nak pi tidur dulu.Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Liyana menarik selimut merah jambunya kemudian menepuk bantalnya dan tidur. 


^_^_^_^_^_^_^

"Mama,Yana nak pergi kerja dulu ya.Sayang mama!" Liyana mencium tangan ibu tersayangnya.Tidak lupa juga ayahnya.

"Jangan tangguhkan kerja dan jangan lupa ikut cakap pengurus ya," nasihat Puan Faridah.Liyana mengangguk.Liyana melangkah keluar rumah dengan penuh harapan dan terus masuk ke dalam kereta Kancil milik ayahnya.Liyana melambai ibu dan ayahnya seraya tersenyum lebar.Kini dia pergi ke alam pekerjaan! :D

^_^_^_^_^_^_^

Liyana memberhentikan keretanya di depan syarikat tempat kerjanya.Dia mengeluarkan cebisan kertas dari poketnya.

"Bilik 1 Bahagian Maklumat."

Sampai sahaja di depan bilik tempat kerjanya,dia terserempak dengan seorang jejaka yang dia ada terjumpa pada hari semalam.

"Liyana rupanya.Apa kau buat kat sini?" tanya Zuhair sambil membetulkan rambutnya.

"Erk,aku kerja sini.Mana pengurus ya?" tanya Liyana pula.

"Bos di..." Belum habis Zuhair menjawab pengurus mereka,Tuan Ashraf datang kearah mereka.

"Hai Liyana!Tidak sangka kamu berdua sudah kenal antara satu sama lain.Kalau kamu nak tahu,Zuhair lah rakan sekerja bilik kamu."

"Zuhair rakan sekerja saya?" Mulut Liyana melopong.Apsal dia?Tiada lelaki lainkah?Zuhair yang berdiri di sebelah Liyana sudah tersenyum lebar.

"Harap kamu berdua seronok kerja bersama.Baiklah,kamu berdua boleh mula kerja sekarang.Selamat berkerja! :D" Tuan Ashraf meninggalkan mereka berdua.Liyana berdiri kaku.Zuhair masih mengekalkan senyumannya.Tidak terkeluar apa-apapun dari mulut mereka.

^_^_^_^_^_^_^

'Aduhai,ini semua salah pengurus.' rungut Liyana dalam hati.

"Liyana,bos suruh cari maklumat pasal ini,ini dan ini.Lepas tu bos suruh print." kata Zuhair.Liyana hanya mengangguk.

Sambil bekerja,Liyana sempat lagi layan Facebook.Entah apa yang dibacanya.Selang 1 minit,inbox Facebook Liyana berbunyi.Liyana buka dan baca mesej yang dihantar oleh rakan FB nya yang bernama 'Muhd Zuhair Azraai'.Muhd Zuhair Azraai?Liyana menjeling Zuhair.Dia lihat Zuhair khusyuk menaip di papan kekunci.'Entah-entah itu dia?'bisik hati Liyana.Tidak sampai 10 saat,mesej baru telah masuk.Liyana membaca satu-satu ayat yang ditulis.

Zuhair : Hai.Nak makan tengahari sama-sama tak?

Liyana sudah agak apa yang dia akan tulis.Dia berfikir sejenak.Liyana,engkau mahu ke tak?Engkau mahu ke tak?Liyana dengan rendah diri,menaip dan membalas mesej Zuhair itu.

Liyana : Ok.Tapi aku nak beli guna duit aku sendiri.

Itulah jawapan Liyana.Dia terpaksa menerima tawaran Zuhair.Tawaran?Tidak sampai 10 saat sekali lagi Zuhair membalas jawapan Liyana.

Zuhair : It's ok asalkan kau sudi?Sudahlah,nak sambung.Bye!

'Hish,Bye bagai buat apa?!Jarak kita duduk 500 cm je pun!Lagipun kau yang mula dulu perbualan!'jerit hati Liyana.Layan sajelah Liyana,buat cool aje~

 ^_^_^_^_^_^_^

"Bagaimana kerja hari ini?Seronok?" tanya Zuhair sambil menghirup kuah mihun sup.Liyana menghabiskan makanan di dalam mulutnya sebelum menjawab.

"Biasa sahaja," jawab Liyana tapi sebenarnya bagi dia tidak menyeronokkan langsung.Asyik layan cik Playboy itu aje!

"Ada orang kata suara awak nyanyi merdu.Cer nyanyi sikit." Erk,siapa pula yang berani-berani kata suara dia nyanyi merdu sampai cik Playboy tu tahu?!Makin geram pula rasanya.Liyana tidak menjawab tetapi hanya layan nasi ayam yang berada di depan matanya.Kemudian dalam mulutnya dan kemudian dalam perutnya.Kemudian tidak tahulah. :3

"Ala,nyanyilah sikit.Sikit aje," rayu Mr.Playboy itu.Mr pula?Liyana memandang sekeliling.Dia mencari penyapu tetapi malangnya,tiada.

"Er,aku dah kenyanglah.Kau makanlah sorang-sorang eh." Liyana memasukkan pinggan berisi nasi ayam nya yang berbaki separuh di dalam besen yang disediakan.Sungguh membazir!Zuhair memandang dari jauh.

"Apa ke hal Liyana ni?"katanya keseorangan dan meletakkan sudu di dalam mangkuk.

'Erk,aku pun dah kenyang.Eh,tak,aku sakit peruttt!'bisik hatinya dan terus lari masuk ke dalam tandas berdekatan.Eh,lupa,masukkan mangkuk dalam besen dulu.Ni lagi sorang,membazir juga! >.<

~Bersambung~


Oct 20, 2014

Art Trade - DianeeyA

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^



Nilah doodle nya :




Sorrylah sebab tak secantik dan secomel doodle Niya.Wani taklah pandai sangat buat doodle tapi teringin sangat nak trade art.Terharu sangat sangat bila Niya sudi trade art dengan Wani. T_T (sob sob) BTW,harap Niya suka. :)

***Note 1 : Baju dan tudung tak kaler sebab ada problem.Huhu.
***Note 2 : Suka sangat doodle yang Niya buat! :D
***Note 3 : Niya je boleh save ya? :) 

Oct 2, 2014

[Mini Novel] Prolog : Sayang Kau Mr. Playboy!

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^


"Tapi hati ini,kuat menyatakan,kau terkini duduk di carta hati..."

Nyanyian merdu Liyana menarik perhatian penduduk yang lalu-lalang di situ.Liyana tersipu malu.Dia melihat jam tangan warna merah jambunya.

"Lama lagi ke bas ini!" rungut Liyana.Sudah setengah jam dia menunggu!

Tidak sampai 20 saat,datang satu kereta Exora berwarna biru pekat.Itulah kereta idaman Liyana!Liyana memandang empunya kereta itu.

Terpacul muka seorang jejaka yang dikenali Aliya.Nama dia Zuhair.Dia dahulu terpilih sekolah dalam acara olahraga dan bola sepak.Dia juga dahulu sekelas dengan Liyana jadi Liyana sudah masak dengan perangainya.Ramai orang panggil dia 'Buaya Darat' dengan muka tampannya yang tak terkata.

"Kau tunggu apa,Liyana?" tanya Zuhair sambil tersenyum.

"Aku,tunggu bas," jawab Liyana tanpa memandang dia.

"Berapa lama tunggu?" tanya Zuhair lagi.

"Kau nak tahu sangat apahal!?"

"Kalau kau sudi,aku boleh tumpangkan kau,"

"Tumpang kau?Sorrylah cik Zuhair oi!"

"Ceh,sombong!Tak nak tumpang takpe,tunggulah berjam-jam!Bye,sayang!"

Zuhair menutup tingkap kereta seraya melambaikan tangan.

"Baguslah kau pergi!" bisik hati Liyana.Rasa meluat pun ada.Memang melebih-lebih sungguh Mr.Playboy itu!

Selepas 10 minit,bas tiba akhirnya.Liyana masuk ke dalam bas dengan teruja sampai mahu puji-puji bas.Sungguh materialistik!

^_^_^_^_^_^

Liyana berasa gementar di luar bilik.Dia risau jika dia tidak lulus dalam temu duga.
"Takpe Liyana,kau boleh buat.Aku yakin kau boleh." Fatin memberi dorongan kepada Liyana.Liyana mula tersenyum.Kini gilirannya tiba.Fatin membuat 'Thumbs Up' sebagai tanda 'semoga berjaya' kepada Liyana.Liyana dengan penuh yakin masuk ke dalam bilik Interview. :)

^_^_^_^_^_^

Fatin terpinga-pinga melihat Liyana yang keluar dari bilik dengan muka tertunduk.Kelihatan suram.

"Bagaimana?Lulus?" Fatin mencari wajah Liyana.

Aliya mengangkat muka.Dia dengan tersenyum berkata,

"Alhamdulillah,lulus.Bos kata kerja start esok dan bos akan perkenalkan rakan sekerja bilik aku.Katanya,lelaki. :D" 

"Bestlah kau nanti.Hihi,"

Liyana mencuit bahu Fatin.Fatin menjerit kecil.Sekali tengok,mereka berdua seperti pasangan adik beradik. ^^

~Bersambung~

Note : Ok tak?Dah takde skill nak bina cerita tapi tetap nak buat. ><

Jul 31, 2014

[Cerpen] Hari Raya Yang Tidak Sempurna

Hasnah adalah anak yatim piatu.Ayah dan ibunya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang telah menimpa mereka.

Imbasan sebulan lalu :

"Ayah,ibu.Jangan lama-lama.Hasnah,abang dan adik sayang ibu dan ayah sangat-sangat."

"Mana ada lama.Seminggu sahaja.Doakan ibu dengan ayah selamat sampai ya." Puan Amylia tersenyum. :)

Hasnah terus memeluk erat ayah dan ibunya yang dia sangat sayangi.Berat hatinya untuk meninggalkan ibu dan ayahnya yang dia sangat sayangi.Adik-beradik Hasnah yang lain turut memeluk dan menyalami ibu dan ayah mereka.

Selepas selesai bersalam-salaman,ayah dan ibunya terus bertolak ke Terengganu.Mereka melambai dengan lemah gemalai.

Pada pukul 11 malam.

"Adik,abang.Korang rasa ayah dan ibu selamat sampai tak?"tanya Hasnah lembut.

"Itu semua ketentuan Allah.Apa yang kita perlu lakukan hanyalah berdoa agar mereka selamat sampai,"ujar Syukri,abang Hasnah dengan wajah simpati akan adiknya yang masih bersedih.Hasnah tersenyum dan cuba menenangkan dirinya.

Tiba-tiba,telefon rumah berbunyi memecah kesunyian pada malam yang hening itu.Alia,adik ketiga Hasnah dengan langkah laju menghampiri telefon itu untuk menjawab panggilan telefon.

Puan Malina:Alia,Alia.Cepat suruh kakak,abang dan adik kamu siap segera,kamu pun perlu siap!Mak usu nanti datang jemput.

Alia:Untuk apa Mak Usu?

Puan Malina:Siap sahaja.Mak Usu sekarang dalam perjalanan ke rumah kamu.

Alia:Baiklah Mak Usu.Assalamualaikum.

Puan Malina:Waalaikumussalam.


"Abang,kakak,adik,Mak Usu suruh siap.Katanya nak jemput kita.Entahlah nak jemput kita ke mana.Mak Usu juga ada cakap Mak Usu dalam perjalanan ke rumah kita." Semua mengangguk.Mereka terus masuk ke bilik masing-masing untuk menukar baju.

^_^_^_^_^_^_^

"Mak Usu,ada apa hal ini?"tanya Hasnah dengan wajah hairan.Puan Malina hanya terdiam malah menoleh pun tidak.Nampaknya dia kelihatan sangat tergesa-gesa.

Selang beberapa minit,enjin dimatikan.Hasnah mengejutkan adik-adiknya yang tertidur ketika perjalanan tadi.Mak Usu hanya tersenyum.Mereka semua keluar dari kereta dan menuju ke hospital.

"Mak Usu,kenapa pergi hospital?Pak Usu sakit lagi ke?" Puan Malisa tidak sanggup jawab.Hatinya sangat-sangat berat untuk memberitahu perkara sebenar.Biar Hasnah dan adik-beradiknya tahu nanti di bilik.

^_^_^_^_^_^_^

"Astaghfirullahalazim.Ibu,ayah!" Hati Hasnah bagaikan sudah patah.Dia tidak tahu ibu dan ayahnya telah menimpa kemalangan jalan raya 1 jam selepas mereka berdua bertolak ke Terengganu.

Air mata Hasnah mula berlinang membasahi pipi.Yang lebih sedih,doktor telah memberitahu ayah dan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir selang selepas 4 jam mereka terlantar di hospital.Alia,Syukri,Afiq,Azim,Airisha dan Hasnah mengalirkan air mata.Mereka tidak sanggup hidup tanpa ibu dan ayah mereka. :'(

Keesokkan harinya~

"Mak Usu,kenapa tidak beritahu saya dan adik-beradik saya yang lain awal-awal?" Hasnah memandang sayu kubur ibu dan ayahnya.Dia bagaikan mahu menangis lagi tetapi dia menahan air matanya daripada mengalir.

"Minta maaf,Mak Usu berasa kasihan dan berat hati untuk memberitahu kamu semua.Lagipun,kemalangan itu ditimpa mereka terlalu cepat." Hasnah mengangguk seraya mengesat air matanya yang tiba-tiba menitis.Dia menyiram air bunga di pusara ibu dan ayahnya.Mereka terus balik ke rumah selepas selesai membaca Surah Yaasin dan Surah Al-Fatihah.

^_^_^_^_^_^_^

Hasnah melihat kalendar.Esok sudah 1 Syawal.Dia mula menitiskan air mata.Dia masih terkenang saat beraya bersama ibu,ayah dan saudara maranya.Kini,ia hilang selepas ibu dan ayahnya balik ke rahmatullah.Baginya,Hari Raya tidak sempurna tanpa ibu dan ayahnya.

Dia mahu menahan air matanya tetapi ia terus menitis.Syukri memandang sayu.Dia terus menghampiri adiknya.

"Sudah,jangan menangis.Esok selepas solat hari raya,kita pergi singgah kubur emak dan ayah.Nanti Pak Usu akan datang jemput kita sekali."

"Jemput kita ke mana?"

"Sudah tentulah ke kampung.Hah,abang ada dengar berita baik.Pak Usu akan beri kita tinggal di rumahnya.Pak Usu kata,dia sudah beritahu tok pengetua Rumah Anak Yatim ini," ujar Syukri dengan tersenyum.

Hasnah tidak menangis lagi.Dia terus pergi ke tilam lalu tidur.

^_^_^_^_^_^

"Abang,cepatlah!Semua dah siap,tinggal abang sahaja!" Bergema suara Azim memanggil abangnya.
"Sekejap!Entah ke mana songkok ni.Mungkin dah terbang!" balas Syukri sambil menggaru kepala.Tok pengetua hanya tergelak kecil dari luar.

^_^_^_^_^_^

"Semua barang sudah letak?"

"Sudah,Pak Usu!" jawab Azim.Entah kenapa hari ini dia kelihatan ceria sahaja.Mungkin sudah tidak sabar mahu beraya di kampung.

"Sudah salam tok pengetua?"

"Sudah juga,Pak Usu!" Alia pula yang menjawab.

"Baiklah,mari pergi sekarang!!" jerit Pak Usu dengan riang.Dia pula yang bersemangat balik ke kampung.

^_^_^_^_^_^

"Hasnah,mengapa ini?" tanya Encik Sharif dengan muka hairan.

"Saya hendak raya dengan ibu dan ayah." Hasnah menggosok matanya.

"Sudah,tak perlu bersedih.Nenek ada buat special rendang ikut resepi ibu kamu.Khas untuk kamu," ujar Encik Sharif dengan senyuman lebar.

"Ya kah?Yeah!!!" Hasnah berlari melangkah masuk rumah papan yang masih kukuh itu.Semua orang di rumah papan itu tergelak. :D

P/s:Sorry sebab tak menarik.Mula-mula,idea bertimbun-timbun timbul tapi akhir-akhir idea terus hilang lenyap. :p

#SelamatHariRaya2014! ^^
 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa