Nov 26, 2014

[Mini Novel] Bab 2 : Sayang Kau Mr Playboy!

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

>>Prolog di SINI<<
>>Bab 1 di SINI<<



Liyana berguling-guling kasar di atas katilnya.Tanpa disedari,Puan Faridah berada di sebelah katil.Dia memerhati dan mencuba untuk menyergah anaknya.

"Liyana!"

"Opocot kek kau dah meletup!" 

Liyana segera menghentikan gulingannya.Puan Faridah hanya menggeleng.

"Kenapa kamu guling-guling macam tak puas hati terhadap seseorang?Tak pergi kerja ke hari ini?" tanya Puan Faridah bertalu-talu.Liyana membetulkan rambutnya yang serabai sebelum menjawab soalan ibunya.

"Tak,hari ni Yana MC.Terasa sakit belakang badan ni." jawab Liyana seraya mengurut belakang badannya tanpa menjawab soalan pertama yang diutarakan ibunya.

"Dah beritahu bos?"tanya Puan Faridah lagi.

"Jangan risau,nanti Yana call," jamin Liyana.

Puan Faridah meninggalkan Liyana di biliknya.Liyana tersenyum setelah kelibat ibunya hilang dari pandangan.Sekarang,dapatlah dia relax tanpa gangguan Mr Playboy yang membosankan tu. :D~


^_^_^_^_^_^_^_^

Zuhair menyelak satu persatu fail.Sejenak seketika,muncul satu soalan di otaknya.Mengapa Liyana tidak datang bekerja hari ini?Sudah pukul 8 pagi!Zuhair berlari ke bilik pengurus.Dia mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam.Tuan Ashraf menjeling tajam Zuhair yang masuk ke dalam biliknya tanpa diundang.Zuhair mula membuka mulut.

"Kenapa Liyana tidak datang bekerja hari ini?" tanya Zuhair dengan selamba.Entah kenapa dia mahu tahu sangat.

"Liyana MC.Katanya,dia ada sengal-sengal badan," jawab Tuan Ashraf seraya jarinya menaip di papan kekunci.

"Apa nombor telefon dia?"

"Err,0147682349.Untuk apa ya?"

"Adalah,tuan tak perlu tahu," jawab Zuhair sambil tersenyum licik.Tuan Ashraf memandang Zuhair melangkah keluar dari biliknya.'Hmm,lantak dia lah,' bisik hati Tuan Ashraf.Dia menyambung menaip di papan kekunci.
 
'Ok,nombor telefon dia dah dapat.Tinggal mahu telefon pula.Hmm,mungkin lebih sesuai aku telefon dia malam ni.' kata Zuhair dalam hati.Dia mempercepatkan langkahnya.

^_^_^_^_^_^_^_^

"Boringnya!" Jerit kecil Liyana.Dia segera melakukan habit nya iaitu menelefon kawan baiknya,Nur Fatin Natasya a.k.a Fatin.

"Hello Fatin.Aku boringlah."

"Hello,so?"

"So,kau datanglah rumah aku."

 "Ok tapi aku nak tanya.Kenapa tak pergi kerja hari ni?"

"Belakang badan aku ni sakit.Lagi satu sebab..."

"Aku tahu,mesti sebab kau tak puas hati dengan rakan sekerja lelaki kau tu kan?"

"Ya..betul,macam mana kau tahu ya?"

"Aku kan kenal kau dari sekolah menengah lagi.Kau sendiri cakap kau anti lelaki lagi-lagi budak Zuhair tu."

"Ok,Ok,aku malas nak cakap dah,kau datang rumah aku sekarang!Bye!"

"Ok..." Fatin menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia segera mengikat rambut ikal nya dengan getah rambut merah jambu.
 
^_^_^_^_^_^_^_^ 

"Jadi kau pergi kerja ke tak esok?" Fatin menjongket keningnya.

"Of course lah pergi tapi kalau boleh aku tak nak pergi tahu." Liyana bermasam muka.

"Hmmm,aku tak boleh tolong,sorry..." 

"Boringnya!!" jerit Liyana.Fatin melihat jam dinding yang cantik digantung.

"Oklah,aku nak balik dulu.Thank you for orange juice and crunchy biscuit." Fatin meluru keluar dari bilik Liyana.

"Welcome!!" Mata Liyana melirik kepada Fatin.
 
^_^_^_^_^_^_^_^ 


Liyana melabuhkan punggungnya di atas katil dan seterusnya baring.Dia memasang lagu kegemarannya yang berjudul 'Salahkah' nyanyian Hafiz dan Dato' Rossa di telefon bimbitnya.Dia memang suka benar lagu itu.Dia juga suka nyanyi lagu itu tapi hanya nyanyi secara solo.Kalau dia sudah ada pasangan,tentu dia akan pujuk pasangannya untuk nyanyi lagu itu bersama.Wah,alangkah seronoknya! :3

Lamunan Liyana terhenti akibat telefon bimbitnya berdering secara tiba-tiba.Liyana segera mengangkat panggilan telefon.

"Hello,di sana Liyana ke?" Liyana tersentak.Dia rasa dia kenal suara pemanggil.

"Ya,ya.Siapa di sana?"

"Cuba teka siapa ni?" Setelah berfikir sejenak,Liyana baru tersedar.Itu Zuhair!Dia segera memanggil ibunya.Liyana tersenyum apabila ibunya sudah berada di depan pintu.

"Ada apa ni Liyana?" Puan Faridah menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ni,ada panggilan telefon dari seseorang.Ibu tolong jawab,saya tak kuasa nak jawab."  Puan Faridah mencapai telefon bimbit yang dihulur Liyana.

"Hello,siapa ni?"

"Saya Zuhair.Siapa pula sekarang ni?"

"Faridah,ibu Liyana.Ada apa telefon malam buta ni?"

"Takde apa-apa mak cik.Bye!" Zuhair segera meletakkan gagang telefon rumah di tempatnya.Dia menggengam tangannya.

"Penakut betul lah Liyana ni!Boleh pula suruh ibu dia jawab!" jerit Zuhair dalam hati.Zuhair hanya marah sekejap sahaja.Kalau marah-marah nanti tak macho katanya! ><

Di bilik,Liyana tersenyum lebar.

"Siapa ibu?" 

"Zuhair,kamu kenal dia ke?"

"Tak pun sebab tu Liyana suruh ibu jawab."

"Ok.Ibu nak pergi bilik ibu dulu.Good night!" Puan Faridah menutup lampu bilik dan seterusnya keluar dari bilik anaknya.

Liyana melunturkan senyumannya dan muncul satu soalan bermain di benak fikirannya.'Dari mana Mr Playboy tu dapat nombor telefon aku?Entah-entah dapat daripada tuan pengurus?Huhu!' Liyana segera menutup kelopak matanya untuk melupakan soalan yang bermain di fikirannya itu.Sweet dream Liyana! :)

 ^_^_^_^_^_^_^_^ 

Liyana memandu kereta milik ayahnya dengan cermat.Dia memberhentikan kereta di depan kedai Speedmart.
"Baik aku beli makanan kat kedai ni,nanti tak payahlah makan kat kantin dengan Mr Playboy tu." bisik hati Liyana.Dia melangkah masuk kedai itu dengan senyuman tawar terukir di bibir.Dia menuju ke rak Mi Segera.
"It's better I eat maggi."
 
PONG!!
"Aduh,siapa kau ni?Jalan tak tengok depan!" Liyana bangun dengan lemah gemalai.Dia melihat lelaki yang melanggar dia.
"Erk,Zuhair?" Liyana terbuntang mata.
"Liyana?Kau pun beli kat kedai ni?" Mereka bertentang mata.Liyana segera menyelamatkan diri dengan memandang tempat lain dan terus pergi ke kaunter.Zuhair terduduk kaku di atas lantai.
 
 ^_^_^_^_^_^_^_^

Liyana menangis kecil di dalam kereta.

"Tak habis-habis Mr Playboy tu!Takde orang lain ke!?" rungut hati Liyana.Dia mengesat air mata yang tiba-tiba menitis.

Sedang asyik melayan diri,dia tidak menyedari yang dia sudah sampai di syarikat tempat kerjanya.Dia mematikan enjin.

"Ok Liyana.Don't be sad!" Liyana segera memasuki bilik tempat kerjanya.

"Hmm,Zuhair tak sampai lagi." Liyana membuka komputer yang terletak di atas meja kerjanya.


-Bersambung-

Cerita pendek penulis : Yang kali ni memang ceritanya tak best sebab bahagian setiap cerita pendek je. T_T Maklumlah,kering idea so buat pendek-pendek je~ Lagipun,saya BANTAI je buat cerita bab 2 ni. :3 Kalau ada silap,tolong tegur ya.Kalau tak tegur,nanti saya 'sesat' jalan. ><
 





1 Komen:

Sweet red cherry said...

macam best la cite novel ni..kak wana pun gila baca novel :)

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa