Jul 14, 2014

#1 Review Games | Toca Kitchen |


Hari ni Wani nak review satu games kanak-kanak ni yang terlalu best!!Adik Wani pun makin minat games ni.Games yang Wani maksudkan ialah games Toca Kitchen.Kalau baca nama games,mesti dah tahu ni mesti games masak.Games ni memang amat sesuai untuk kanak-kanak.Malah,orang dewasa pun boleh main tapi sudah tentulah lagi pro dari kanak-kanak.Ada ke telur yang boleh panggang?Hehe,Wani pun tak tahu.
Jangan lupa download ya!Hanya percuma sahaja.


Dengan makanan-makanan yang disediakan di dalam peti sejuk dan alatan memasak yang tersedia,kanak-kanak boleh memasak makanan mengikut kreativiti sendiri.Diantara alatan masak yang tersedia ialah oven,grill dan blender.Diantara makanan yang disediakan pula untuk dimasak ialah lemon,sosej dan lobak merah.Selepas sudah siap,perlu beri pula si lapar makan makanan yang telah dimasak.Nak tambah garam dan blackpepper pun boleh.Ting,ting,ting!Keputusan sedap atau tidak sedap akan diberikan oleh si lapar selepas itu.Pernah juga tau Wani buat lemon di blend tapi si lapar suka.Haha.Bagaimana,best bukan?Jom cepat-cepat download di Playstore. :)

0 Komen:

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa