Thursday, July 31, 2014

[Cerpen] Hari Raya Yang Tidak Sempurna

Hasnah adalah anak yatim piatu.Ayah dan ibunya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang telah menimpa mereka.

Imbasan sebulan lalu :

"Ayah,ibu.Jangan lama-lama.Hasnah,abang dan adik sayang ibu dan ayah sangat-sangat."

"Mana ada lama.Seminggu sahaja.Doakan ibu dengan ayah selamat sampai ya." Puan Amylia tersenyum. :)

Hasnah terus memeluk erat ayah dan ibunya yang dia sangat sayangi.Berat hatinya untuk meninggalkan ibu dan ayahnya yang dia sangat sayangi.Adik-beradik Hasnah yang lain turut memeluk dan menyalami ibu dan ayah mereka.

Selepas selesai bersalam-salaman,ayah dan ibunya terus bertolak ke Terengganu.Mereka melambai dengan lemah gemalai.

Pada pukul 11 malam.

"Adik,abang.Korang rasa ayah dan ibu selamat sampai tak?"tanya Hasnah lembut.

"Itu semua ketentuan Allah.Apa yang kita perlu lakukan hanyalah berdoa agar mereka selamat sampai,"ujar Syukri,abang Hasnah dengan wajah simpati akan adiknya yang masih bersedih.Hasnah tersenyum dan cuba menenangkan dirinya.

Tiba-tiba,telefon rumah berbunyi memecah kesunyian pada malam yang hening itu.Alia,adik ketiga Hasnah dengan langkah laju menghampiri telefon itu untuk menjawab panggilan telefon.

Puan Malina:Alia,Alia.Cepat suruh kakak,abang dan adik kamu siap segera,kamu pun perlu siap!Mak usu nanti datang jemput.

Alia:Untuk apa Mak Usu?

Puan Malina:Siap sahaja.Mak Usu sekarang dalam perjalanan ke rumah kamu.

Alia:Baiklah Mak Usu.Assalamualaikum.

Puan Malina:Waalaikumussalam.


"Abang,kakak,adik,Mak Usu suruh siap.Katanya nak jemput kita.Entahlah nak jemput kita ke mana.Mak Usu juga ada cakap Mak Usu dalam perjalanan ke rumah kita." Semua mengangguk.Mereka terus masuk ke bilik masing-masing untuk menukar baju.

^_^_^_^_^_^_^

"Mak Usu,ada apa hal ini?"tanya Hasnah dengan wajah hairan.Puan Malina hanya terdiam malah menoleh pun tidak.Nampaknya dia kelihatan sangat tergesa-gesa.

Selang beberapa minit,enjin dimatikan.Hasnah mengejutkan adik-adiknya yang tertidur ketika perjalanan tadi.Mak Usu hanya tersenyum.Mereka semua keluar dari kereta dan menuju ke hospital.

"Mak Usu,kenapa pergi hospital?Pak Usu sakit lagi ke?" Puan Malisa tidak sanggup jawab.Hatinya sangat-sangat berat untuk memberitahu perkara sebenar.Biar Hasnah dan adik-beradiknya tahu nanti di bilik.

^_^_^_^_^_^_^

"Astaghfirullahalazim.Ibu,ayah!" Hati Hasnah bagaikan sudah patah.Dia tidak tahu ibu dan ayahnya telah menimpa kemalangan jalan raya 1 jam selepas mereka berdua bertolak ke Terengganu.

Air mata Hasnah mula berlinang membasahi pipi.Yang lebih sedih,doktor telah memberitahu ayah dan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir selang selepas 4 jam mereka terlantar di hospital.Alia,Syukri,Afiq,Azim,Airisha dan Hasnah mengalirkan air mata.Mereka tidak sanggup hidup tanpa ibu dan ayah mereka. :'(

Keesokkan harinya~

"Mak Usu,kenapa tidak beritahu saya dan adik-beradik saya yang lain awal-awal?" Hasnah memandang sayu kubur ibu dan ayahnya.Dia bagaikan mahu menangis lagi tetapi dia menahan air matanya daripada mengalir.

"Minta maaf,Mak Usu berasa kasihan dan berat hati untuk memberitahu kamu semua.Lagipun,kemalangan itu ditimpa mereka terlalu cepat." Hasnah mengangguk seraya mengesat air matanya yang tiba-tiba menitis.Dia menyiram air bunga di pusara ibu dan ayahnya.Mereka terus balik ke rumah selepas selesai membaca Surah Yaasin dan Surah Al-Fatihah.

^_^_^_^_^_^_^

Hasnah melihat kalendar.Esok sudah 1 Syawal.Dia mula menitiskan air mata.Dia masih terkenang saat beraya bersama ibu,ayah dan saudara maranya.Kini,ia hilang selepas ibu dan ayahnya balik ke rahmatullah.Baginya,Hari Raya tidak sempurna tanpa ibu dan ayahnya.

Dia mahu menahan air matanya tetapi ia terus menitis.Syukri memandang sayu.Dia terus menghampiri adiknya.

"Sudah,jangan menangis.Esok selepas solat hari raya,kita pergi singgah kubur emak dan ayah.Nanti Pak Usu akan datang jemput kita sekali."

"Jemput kita ke mana?"

"Sudah tentulah ke kampung.Hah,abang ada dengar berita baik.Pak Usu akan beri kita tinggal di rumahnya.Pak Usu kata,dia sudah beritahu tok pengetua Rumah Anak Yatim ini," ujar Syukri dengan tersenyum.

Hasnah tidak menangis lagi.Dia terus pergi ke tilam lalu tidur.

^_^_^_^_^_^

"Abang,cepatlah!Semua dah siap,tinggal abang sahaja!" Bergema suara Azim memanggil abangnya.
"Sekejap!Entah ke mana songkok ni.Mungkin dah terbang!" balas Syukri sambil menggaru kepala.Tok pengetua hanya tergelak kecil dari luar.

^_^_^_^_^_^

"Semua barang sudah letak?"

"Sudah,Pak Usu!" jawab Azim.Entah kenapa hari ini dia kelihatan ceria sahaja.Mungkin sudah tidak sabar mahu beraya di kampung.

"Sudah salam tok pengetua?"

"Sudah juga,Pak Usu!" Alia pula yang menjawab.

"Baiklah,mari pergi sekarang!!" jerit Pak Usu dengan riang.Dia pula yang bersemangat balik ke kampung.

^_^_^_^_^_^

"Hasnah,mengapa ini?" tanya Encik Sharif dengan muka hairan.

"Saya hendak raya dengan ibu dan ayah." Hasnah menggosok matanya.

"Sudah,tak perlu bersedih.Nenek ada buat special rendang ikut resepi ibu kamu.Khas untuk kamu," ujar Encik Sharif dengan senyuman lebar.

"Ya kah?Yeah!!!" Hasnah berlari melangkah masuk rumah papan yang masih kukuh itu.Semua orang di rumah papan itu tergelak. :D

P/s:Sorry sebab tak menarik.Mula-mula,idea bertimbun-timbun timbul tapi akhir-akhir idea terus hilang lenyap. :p

#SelamatHariRaya2014! ^^

0 Komen:

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa