Tuesday, December 16, 2014

Resepi : Biskut Lidah Kucing @ Rainbow Cookies

Google Images Source


Assalamualaikum semua!Kali ni Wani nak kongsi resepi Biskut Lidah Kucing @ Rainbow Cookies dari blog INI. :) 

Bahan-bahan:
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 gm putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex / perangup biskut
pewarna :ungu, biru, hijau, kuning,oren dan merah

Cara menyediakan:
  1. ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex.
  2. pukul mentega bersama gula kastor hingga halus dan berkrim , guna mixcer.
  3. masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
  4. masukkan tepung yg telah diayak tadi, kaup dan balikkan guna spatula.
  5. bahagikan adunan beberapa bhgian dan masukkan warna utk setiap bahagian,
  6. masukkan adunan dlm piping bag atau bag plastik,potong muncung bag plastik dan paipkan adunan kedalam loyang khas utk biskut lidah kicing. kalau ada nozzel gunakan yg bulat.
  7. bakar dalam oven suhu 150 celcius selama 15 minit hingga 20 minit.
  8. jaga jaga jgn sampai biskut keperangan atau hangus nanti warna biskut akan pudar dan tak nampak menyerlah.
  9. angkat biskut bila telah masak dan sejukkan dulu atas redai sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA! ^^

2 Komen:

Iola said...

famous cookies ni..tapi tak pernah try nak buat pun heee

MissNadia said...

suka juga makan biskut ni.. menarik sebab banyak kaler :D

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa