Saturday, May 24, 2014

Riang-riaku Di PBAKL 2014!



Assalamualaikum semua!Dah lama tak tulis diari kat blog biru Wani ni ^_^ Wani nak tanya,siapa pergi PBAKL tahun ni?Kalau pergi,cuba komen berapa buku/barang korang beli?Kalau Wani,Wani cuma beli:

1.Majalah Asuh isu March 2014
2.Majalah Asuh isu Mei 2014
3.Novel Aku Mahu Banglo Pink
4.Nomik Hero vs Heroin
5.Novel Comel Cupcake Mata Panda
6.DVD Projek Cupcake Ain Maisarah

Tu jelah yang Wani beli.Wani juga ada dapat:

1. 3 kad Hero Blink
2. 2 kad bukti bertemu dengan Ain Maisarah
3. Tandatangan percuma dari dua orang penulis novel

Alkisahnya....Wani nak sangat pergi kat PBAKL 2014.Tak sangka dapat juga pergi.Wani pergi ke PBAKL rasanya kira-kira pada hari Jumaat,tiga hari sebelum PBAKL tamat.Wani pergi bersama 2 kawan ibu Wani dan 2 anak kawan ibu Wani.Wani gelarkan kawan ibu Wani yang Wani rapat dari kedua-dua itu,Cik Nor.Maklumlah pengangkutan sendiri tiada jadi kami naik komuter untuk pergi ke PBAKL 2014.Masa tu memang first time Wani naik komuter.Best!Setelah sampai,kami jalanlah kaki untuk mencari PWTC.Rasanya jalan kaki dari stesen komuter ke PWTC taklah jauh sangat.Bila dah sampai kat PWTC,alangkah seronoknya Wani apabila dapat melangkah masuk.Memang ada banyak sangat booth.

Mula-mula,Wani dan Cik Nor pergi kat Booth kak Ain Maisarah.Wani belek-beleklah satu-satu buku.Memang rambang mata!Malahan buku yang mahu dibeli sudah jumpa.Ya,Wani ada ternampak abang Azanil Fitri,abang Alam Anuar dan kak Izanor.Sebabtu,Wani rasa malu jadi Wani suruh Cik Nor pergi kat booth lain dulu.Tapi sebenarnya Wani pergi booth kak Ain Maisarah lagi semula.Huhu,lagi bagus terus beli aje buku kat booth tu T_T Ok,Berbalik semula kepada kisah pergi booth lain dulu.

Dah banyak booth Wani singgah tapi disebabkan rasa malu mahu membeli,Wani tarik nafsu Wani untuk berbelanja lebih.Maklumlah Wani bukan ada sikap boros pun.Antara booth yang Wani singgah ialah booth Galeri Ilmu,Gempak Starz dan banyak lagi.Antara banyak-banyak booth yang Wani singgah selain booth kak Ain Maisarah,Wani beli buku kat booth Galeri Ilmu.Buku yang Wani beli ialah kat booth tu ialah 2 Majalah Asuh(rujuk senarai buku yang Wani beli).

Selesai pusing-pusing kat bahagian dalam PWTC,Wani pergilah balik kat booth kak Ain Maisarah.Barang yang Wani beli ialah Novel Aku Mahu Banglo Pink,Nomik Hero vs Heroin,Novel Comel Cupcake Mata Panda dan DVD Projek Cupcake Ain Maisarah(rujuk senarai buku yang Wani beli).Lepas dah bayar,ada akak tu suruh minta tandatangan abang Alam Anuar sebab Wani beli novel Aku Mahu Banglo Pink iaitu novel nukilan kak Ain dan abang Alam Anuar.Dengan rasa malu,Wani pergi menghampiri abang Alam.Oh,malunya!Tapi alhamdulillah,Wani tahan malu Wani dan dapat tandatangan abang Alam.Lepas tandatangan,abang Alam bagi kad Hero abang Alam dan kad bukti bertemu Ain Maisarah.

Hah,dan lepastu abang Alam minta kak Izanor tolong tangkapkan gambar abang Alam bersama Wani.Lepastu Wani minta tandatangan abang Azanil Fitri pula.Lepas abang Azanil menandatangani nomik yang ku beli bertajuk 'Hero vs Heroin',abang Azanil bagi Wani kad hero abang Azanil,kad bukti bertemu Ain Maisarah dan kad hero kak Ain Maisarah.Selepas selesai,Wani dan yang lain melangkah keluar PWTC untuk balik.Walaupun tidak dapat berjumpa dengan kak Ain,Wani masih rasa tersangat gembira ^_^ TAMATLAH ALKISAHKU DI PBAKL 2014~

Jom layan gambar-gambar dibawah:

 

2 Komen:

siti zawiah said...

best kan karya Ain Maisarah?seronok baca novel dia..best..

Noor Izwani Eliyana said...

Ha'ah,memang best. (y)

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa