Monday, October 13, 2014

Resepi : Easy Red Velvet Cake

Assalamualaikum and peace upon you. ^^ 

Hari ni Wani nak share resipi kek red velvet dari blog http://www.myresipi.com.Kalau nak lebih resipi,boleh ke blog beliau.Ok,jom belajar! :)

Source

Bahan-bahan.

Bahan A:
2 cawan tepung gandum/kek (sy guna superfine)
1st baking soda
1st baking powder
2sb serbuk koko (sy guna 4sb)
1st garam
Bahan B:
2 cwn gula
1 cwn corn oil (sy guna 3/4 cwn)
2 biji telur A
1 cwn buttermilk**
2st esen vanilla
1sm pewarna merah (boleh tambah ikut suka)
1st cuka
1/2 cwn air kopi panas
Topping:
150g cream cheese (keluarkan dr fridge, biar 1 jam bg lembut so nnt topping smooth xberketul)
30g butter (softened)
60g gula icing
1st esen vanilla
1st pes/jus lemon (optional)

Cara Menyediakan.

1.Panaskan oven suhu 160oC. Griskan loyang 8" dan tabur sikit tepung.

2.Satukan dan ayak semua bahan A.

3.Dalam mangkuk besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna merah. Kacau dgn whisk bg sebati.

4.Masukkan cuka dan last sekali air kopi panas. Kacau sebati.

5.Masuk tepung sikit2, kacau rata setiap kali lps masuk tepung.

6.Tuang adunan dlm loyang. Bakar 45-60 min. Check lps 45 min (ada oven yg lebih panas). Jgn over-bake nnt kek kering!

7.Dah masak, keluarkan dr oven. Biarkan kek dlm loyang sampai loyang dah suam. Keluarkan kek letak atas wire rack, biar sejuk.

8.Utk topping: pukul cream cheese dgn gula icing hingga kembang (kaler putih). Masuk butter, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sebati.

9.Trim sikit bhgn atas kek yg berkerak (kerak boleh simpan, nnt tabur atas kek wat deco). Potong kek jd 2 @ 3 layer. Lapiskan dan salut kek dgn topping cream cheese ikut suka.

10.Sejukkan kek dlm fridge at least 4 jam. Semalaman lg sedap.

**buttermilk: 1 cwn susu fresh + 1sb cuka @ jus lemon. Biar 10-15 min, baru kacau.

SELAMAT MENCUBA! :)


0 Komen:

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa