Oct 13, 2014

Resepi : Cream Puff With Custard Vanilla Filling

Assalamualaikum and peace upon you. ^^

Entri resipi lagi!Untuk entri ni pula Wani nak share resipi cream puff gebu dan enak with custard vanilla filling dari blog http://www.tiffinbiru.com.Kalau mahu lebih resipi,boleh pergi ke blog beliau. :)

Google Source


BAHAN-BAHAN CREAM PUFF:

75 gram tepung gandum
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla (che mat guna 'butter vanilla)
Sedikit gula aising, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA:

2/3 cawan susu segar
1 camca besa penuh tepung kastard 
1 camca besar penuh gula halus 
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA.

UNTUK CREAM PUFF :- Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. Masak dengan api kecil dan kacau hingga mentega cair dan larut. Masukkan tepung dan kacau hingga semua bersatu dan menjadi doh yang tidak melekat di periuk, kacau sehala sahaja. Matikan api dan biar suam.
Masukkan doh ke dalam cake mixer, putar perlahan. Sementara itu masukkan esen vanilla ke dalam telur dan pukul sedikit dengan garfu. Tukar kelajuan pada sederhana laju dan masukkan telur. Putar hingga doh bertukar menjadi adunan yang lembut dan boleh di paip. Matikan mixer.
Isi adunan ke dalam piping beg yang dipasang piping nozel corak bintang pecah 5 atau 6 bersaiz besar. Paipkan bentuk rosette pada saiz sederhana pada dulang pembakar (akan dapat kurang lebih 10 biji, bergantung pada cara anda buat). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga kuning keemasa. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan.

UNTUK CUSTARD VANILLA :- Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk. Gaul rata. Tuang susu segar dan kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip.

UNTUK CREAM PUFF WIF CUSTARD VANILLA :- Ambil satu biji cream puff, gunting sedikit bahagian depannya untuk membentuk poket. Isi custard dalam piping beg (kacau dulu sebelum anda isi ke dalam beg piping). Paipkan ke dalam cream puff tadi, yang ni ikut suka anda nak banyak mana. Buat kaedah sama untuk baki cream puff dan kastard. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA! :)

2 Komen:

Māmy Syu said...

Waa..nak try lah!
tp buat masa ni Annur tengah gila dengan bluberry cheese tart..yummeh!

Love,
Annur

Qyu said...

sedapnya

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa