Oct 6, 2014

Tips : Cara Memutihkan Kulit Secara Alami

Assalamualaikum and peace upon you. ^^






Cara Memutihkan Kulit Secara Alami.

Mencerahkan kulit boleh dimulakan dengan anggota badan bahagian luar terlebih dahulu seperti wajah, tangan, dan juga kaki. Ini kerana bahagian-bahagian tubuh tersebut lebih sering terlihat jika dibandingkan dengan anggota tubuh lainnya. Banyak bahan yang boleh digunakan, salah satunya adalah dengan yoghurt.
Bukan hanya dapat memutihkan kulit, yoghurt juga sangat bermanfaat untuk
memberikan kelembapan pada kulit wajah. Cara memutihkan kulit secara alami ini pun sangat mudah, cukup gunakan yoghurt sebagai masker wajah. Anda boleh menambahkannya dengan madu, dan 'diamkan' selama kurang lebih 10 minit. Setelah agak 'kencang', bersihkan kulit wajah dengan menggunakan air bersih.
Selain bahan seperti yoghurt, cara mencerahkan kulit boleh dilakukan dengan menggunakan aneka buah seperti tomato mahupun jeruk nipis. Menggunakan tomato untuk memutihkan kulit boleh dilakukan dengan cara menghaluskan tomato, boleh dengan di blender mahupun di parut. Setelah itu campurkan 3 titis jus lemon dan juga air mawar. Aduk rata kesemua bahan tersebut dan sapukan di bahagian wajah dan leher. Tunggu 15 minit dan bilas hingga bersih dengan air sejuk.

Lebih tips di www.aylacream.com .
 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa