Oct 26, 2014

[Mini Novel] Bab 1 : Sayang Kau Mr Playboy!

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

>>Prolog di SINI<<



"Love you Mr Fluffy!" Liyana meletakkan anak patung beruang kegemarannya di sebelah.Tidak sampai satu minit,telefon bimbitnya berdering.

"Hello.Siapa di sana?"

"Ini Fatin.Kau tak rasa berdebar atau gementar ke kerja esok?"

"Buat apa aku nak berdebar.Ini Liyana okay?"

"Yelah cik Liyana.Jangan asyik nyanyi je masa kerja,nanti kang ramai pakwe nak masuk meminang kau." Berderai ketawa Fatin.

"Baiklah cik Fatin comel.Oklah,aku nak pi tidur dulu.Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Liyana menarik selimut merah jambunya kemudian menepuk bantalnya dan tidur. 


^_^_^_^_^_^_^

"Mama,Yana nak pergi kerja dulu ya.Sayang mama!" Liyana mencium tangan ibu tersayangnya.Tidak lupa juga ayahnya.

"Jangan tangguhkan kerja dan jangan lupa ikut cakap pengurus ya," nasihat Puan Faridah.Liyana mengangguk.Liyana melangkah keluar rumah dengan penuh harapan dan terus masuk ke dalam kereta Kancil milik ayahnya.Liyana melambai ibu dan ayahnya seraya tersenyum lebar.Kini dia pergi ke alam pekerjaan! :D

^_^_^_^_^_^_^

Liyana memberhentikan keretanya di depan syarikat tempat kerjanya.Dia mengeluarkan cebisan kertas dari poketnya.

"Bilik 1 Bahagian Maklumat."

Sampai sahaja di depan bilik tempat kerjanya,dia terserempak dengan seorang jejaka yang dia ada terjumpa pada hari semalam.

"Liyana rupanya.Apa kau buat kat sini?" tanya Zuhair sambil membetulkan rambutnya.

"Erk,aku kerja sini.Mana pengurus ya?" tanya Liyana pula.

"Bos di..." Belum habis Zuhair menjawab pengurus mereka,Tuan Ashraf datang kearah mereka.

"Hai Liyana!Tidak sangka kamu berdua sudah kenal antara satu sama lain.Kalau kamu nak tahu,Zuhair lah rakan sekerja bilik kamu."

"Zuhair rakan sekerja saya?" Mulut Liyana melopong.Apsal dia?Tiada lelaki lainkah?Zuhair yang berdiri di sebelah Liyana sudah tersenyum lebar.

"Harap kamu berdua seronok kerja bersama.Baiklah,kamu berdua boleh mula kerja sekarang.Selamat berkerja! :D" Tuan Ashraf meninggalkan mereka berdua.Liyana berdiri kaku.Zuhair masih mengekalkan senyumannya.Tidak terkeluar apa-apapun dari mulut mereka.

^_^_^_^_^_^_^

'Aduhai,ini semua salah pengurus.' rungut Liyana dalam hati.

"Liyana,bos suruh cari maklumat pasal ini,ini dan ini.Lepas tu bos suruh print." kata Zuhair.Liyana hanya mengangguk.

Sambil bekerja,Liyana sempat lagi layan Facebook.Entah apa yang dibacanya.Selang 1 minit,inbox Facebook Liyana berbunyi.Liyana buka dan baca mesej yang dihantar oleh rakan FB nya yang bernama 'Muhd Zuhair Azraai'.Muhd Zuhair Azraai?Liyana menjeling Zuhair.Dia lihat Zuhair khusyuk menaip di papan kekunci.'Entah-entah itu dia?'bisik hati Liyana.Tidak sampai 10 saat,mesej baru telah masuk.Liyana membaca satu-satu ayat yang ditulis.

Zuhair : Hai.Nak makan tengahari sama-sama tak?

Liyana sudah agak apa yang dia akan tulis.Dia berfikir sejenak.Liyana,engkau mahu ke tak?Engkau mahu ke tak?Liyana dengan rendah diri,menaip dan membalas mesej Zuhair itu.

Liyana : Ok.Tapi aku nak beli guna duit aku sendiri.

Itulah jawapan Liyana.Dia terpaksa menerima tawaran Zuhair.Tawaran?Tidak sampai 10 saat sekali lagi Zuhair membalas jawapan Liyana.

Zuhair : It's ok asalkan kau sudi?Sudahlah,nak sambung.Bye!

'Hish,Bye bagai buat apa?!Jarak kita duduk 500 cm je pun!Lagipun kau yang mula dulu perbualan!'jerit hati Liyana.Layan sajelah Liyana,buat cool aje~

 ^_^_^_^_^_^_^

"Bagaimana kerja hari ini?Seronok?" tanya Zuhair sambil menghirup kuah mihun sup.Liyana menghabiskan makanan di dalam mulutnya sebelum menjawab.

"Biasa sahaja," jawab Liyana tapi sebenarnya bagi dia tidak menyeronokkan langsung.Asyik layan cik Playboy itu aje!

"Ada orang kata suara awak nyanyi merdu.Cer nyanyi sikit." Erk,siapa pula yang berani-berani kata suara dia nyanyi merdu sampai cik Playboy tu tahu?!Makin geram pula rasanya.Liyana tidak menjawab tetapi hanya layan nasi ayam yang berada di depan matanya.Kemudian dalam mulutnya dan kemudian dalam perutnya.Kemudian tidak tahulah. :3

"Ala,nyanyilah sikit.Sikit aje," rayu Mr.Playboy itu.Mr pula?Liyana memandang sekeliling.Dia mencari penyapu tetapi malangnya,tiada.

"Er,aku dah kenyanglah.Kau makanlah sorang-sorang eh." Liyana memasukkan pinggan berisi nasi ayam nya yang berbaki separuh di dalam besen yang disediakan.Sungguh membazir!Zuhair memandang dari jauh.

"Apa ke hal Liyana ni?"katanya keseorangan dan meletakkan sudu di dalam mangkuk.

'Erk,aku pun dah kenyang.Eh,tak,aku sakit peruttt!'bisik hatinya dan terus lari masuk ke dalam tandas berdekatan.Eh,lupa,masukkan mangkuk dalam besen dulu.Ni lagi sorang,membazir juga! >.<

~Bersambung~


3 Komen:

Nor Ain Rusli said...

Best story nie..

Singgah baca + follow..
Jemput singgah http://akukaudansesuatu.blogspot.com

Norihanyusuf said...

Tengah sedap baca, bersambung la plak...^_^

Invisible Me said...

Wahhh. Tulis sendiri ehh. Terbaik

 
© Copyright | All Right Reserved by Noor Izwani Eliyana.Template by Samiqa